27 Mei, 2019

Karangan Cuti 3


            ###  Mesti tulis pada kertas kajang (textpad) sekolah.

Karangan Cuti 2


       ###  Mesti tulis pada kertas kajang (textpad) sekolah.

16 April, 2019


Senarai Peribahasa Ujian (Sr2A & Sr2ComF)
1.      bagai aur dengan tebing
Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

2.      kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Kalau takut berhadapan dengan penderitaan, lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

3.      indah khabar daripada rupa
Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

4.      hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Pengagihan yang sama banyak.

5.      bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

6.      kacang lupakan kulit
Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

7.      di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

8.      masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

9.      ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya.

10.    kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

11.    bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

12.    yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran
Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

13.    biar mati anak, jangan mati adat
Orang yang kuat perpegang pada adat.

14.    sediakan payung sebelum hujan
Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

15.    bagai ikan pulang ke lubuk
Orang yang pulang ke tempat asal.

17 Februari, 2019

Nama :
Kelas :
Taksiran :
Pentaksir :
Model :
Aktiviti :
Tarikh:
Tajuk :



12 November, 2018


Sr2ComA & Sr2B ~ Soalan Perbandingan (Novel)


Jika kehendak soalan : Membandingkan perwatakan (dll) .... 
Perlu bandingkan dari segi persamaan & perbezaan.

Jika kehendak soalan : Membandingkan persamaan perwatakan (dll) ...
Perlu bandingkan dari segi persamaan sahaja.

Jika kehendak soalan : Membandingkan perbezaan perwatakan (dll) ...
Perlu bandingkan dari segi perbezaan sahaja.


Contoh : Perbandingan perwatakan watak utama dalam dua buah novel.

Novel yang saya pelajari ialah novel “Leftenan Adnan Wira Bangsa” karya Abdul Latif bin Talib dan novel “Tirani” karya Beb Sabariah  dan. Watak utama dalam novel “Leftenan Adnan Wira bangsa” ialah Leftenan Adnan, manakala watak utama dalam novel “Tirani” ialah Waheeda. Kedua-dua watak utama memperlihatkan persamaan dan perbezaan dari segi perwatakan.
       Antara persamaan kedua-dua orang watak utama dalam dua buah novel tersebut ialah mereka merupakan seorang yang berani. Contohnya, Leftenan Adnan berani menentang tentera Jepun walaupun mempunyai senjata dan bilangan askar Melayu yang kurang. Beliau menentang tentera Jepun di Bukit Candu sehingga titisan yang terakhir. Manakala Waheeda berani menjalani pembedahan pada mata dan hidungnya walaupun Dr Zahari menerangkan risiko yang terpaksa ditanggungnya akibat pembedahan tersebut. Akhirnya, Waheeda berjaya menjalani pembedahan dan wajahnya menjadi cantik.
       Dari segi perbezaan, kedua-dua orang watak mempunyai minat yang berbeza. Leftenan Adnan amat meminati bidang ketenteraan. Beliau sanggup meninggalkan kerjayanya sebagai guru semata-mata minatnya yang mendalam dalam bidang ketenteraan. Sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai askar, beliau telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dan berusaha sedaya upaya menentang tentera Jepun di Bukit Candu sehingga titisan darah terakhir. Manakala Waheeda pula mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan. Beliau berusaha dengan gigih untuk memajukan perniagaan pelancongan keluarganya, iaitu Chalet Tajau Emas. Waheeda mengadakan pelbagai promosi dan pakej untuk menarik kedatangan pelancong. Akhirnya, Chalet Tajau Emas menjadi tumpuan pelancong termasuklah pelancong luar negara.