18 April, 2012

Morfologi 5 (Kata Berpasangan)

(i)  rebus : Bermaksud memasak sesuatu di dalam air mendidih.
 Jagung itu saya rebus untuk dimakan oleh kami sekeluarga pada petang nanti.

     rendam : Bermaksud terbenam atau tenggelam dlm air.              
Baju itu saya rendam di dalam air sabun supaya kotoran lebih mudah  tanggal.

(ii) balas : Bermaksud menjawab.
               Surat daripada Jamilah yang saya terima pada minggu lepas belum saya balas.

     bilas :  Bermaksud dibasuh bagi kali kedua atau seterusnya              
               Pakaian itu saya bilas dua kali sebelum dijemur di halaman rumah.


(ii) cekap : Bermaksud mempunyai wibawa / mahir.                
Encik Zainal cekap menguruskan perniagaan sehingga perniagaannya berkembang ke peringkat antarabangsa.

     cekup : Bermaksud menangkap (orang dll).                
“Kumpulan penagih dadah ini kami cekup semalam,” kata pegawai polis
itu.

Peringatan :  Para pelajar Sr2A & Sr2B, sila kemas kini indeks buku latihan Tatabahasa, termasuklah tulis markah yang diperoleh bagi setiap latihan.

Buku latihan Tatabahasa hantar pada hari ini (18/4/12).