27 Oktober, 2012

Skema Soalan 4 Peperiksaan Sekolah

Skema Jawapan Novel (Soalan 4) Peperiksaan Percubaan SPM (SM Kuen Cheng)

4(a)

Novel Papa...(akhirnya kautewas jua!)
    Intan Maliana pernah mengalami konflik atau kesulitan ketika melahirkan Intan Julia. Namun begitu dia sanggup berkorban untuk mengandung semula dan melahirkan anak kedua setelah anak pertamanya berusia 16 tahun.
    Konflik antara Julia dengan papa tentang hubungannya dengan Rasylan. Julia dilarang daripada berkawan dengan Rasylan kerana papa tidak mengetahui latar belakang keturunan Rasylan.
    Konflik antara Julia dengan papa tentang keinginan papa berkahwin lagi. Julia khuatir kasih sayang papanya akan berkurangan jika papanya berkahwin dengan Aisyah.

Novel Konserto Terakhir
    Konflik antara Hilmi dengan Datin Salmah. Hilmi terpaksa memendam perasaan terhadap perbuatanDatin Salmah yang sering memarahi dan menghinanya kerana dia datang dari kampung dan keluarganya miskin.
    Konflik antara Hilmi dengan Datuk Johari. Hilmi sedar bahawa Datuk Johari tidakmenyenangi kehadirannya yang telah memalukannya kerana ingin mencari pekerjaaan dengan kelulusan Sekolah Melayu darjah empat.
    Konflik antara Hilmi dengan Mohsin. Hilmi berasa cemas apabila Mohsin, iaitu tunang Hayati mengetahui dia bekerja di stesen minyak dan akan memberitahu Datuk Johari bahawa dia sebenarnya tidak balik ke kampung.


4(b)

Persamaan

Nilai kasih sayang
    Papa (Jeffri) amat menyayangi mama (Intan Maliana) sehingga dia sanggup sentiasa menjaga mama yang jatuh sakit (koma).
    Hilmi amat menyayangi Hayati sehingga dia menggubah lagu Sebuah Intermeso untuk Hayati walaupun Hayati telah bertunang.


Perbezaan
Ketaatan pada agama
    Julia taat pada ajaran agama kerana dia sentiasa bersolat, bertudung dan berdoa kepada Allah agar ibunya sembuh dengan segera daripada penyakit yang dihidapi.
    Datuk Johari dan Datin salmah tidak mempunyai ketaatan pada ajaran agama kerana tidak mengerjakan sembahyang sejak hidup sebagai orang kaya dan berharta.