14 Oktober, 2013

Isikan peribahasa yang paling sesuai pada tempat-tempat kosong dalam petikan di bawah.

Pak Busu rajin bekerja walaupun usianya semakin meningkat. Beliau mengerjakan sawahnya (1) seperti anai-anai makan kayu. Kerajinan Pak Busu sentiasa menjadi (2) buah mulut penduduk-penduduk kampung. Namun, Pak Busu beranggapan bahawa usia bukanlah pengukur kejayaan seseorang kerana (3) hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, Saban tahun, hasil yang diperolehnya memang memuaskan. Manakala sikap kedua-dua orang anaknya, Dollah dan Hashim amat berbeza dengan Pak Busu. Mereka bukan sahaja malas berusaha tetapi turut berebut harta ayah mereka lantaran sikap mereka yang tamak (4) seperti anjing berebut tulang. Malah mereka sentiasa (5) bertikam lidah biarpun berkaitan dengan perkara yang remeh-temeh. Walaupun Pak Busu sering mengajar dan mendidik mereka supaya menjadi manusia yang berguna, tetapi mereka seakan-akan (6) buta hati. Sikap Pak Busu tetap (7) seperti air di dalam kolam meskipun terpaksa menghadapi pelbagai kerenah anak-anaknya. Hasrat Dollah hendak (8) beralih angin ke bandar dibantah keras oleh Pak Busu. Hal ini kerana Pak Busu tidak mahu Dollah bertindak seperti (9) harapkan guruh di langit, air tempayan ditumpahkan kerana pekerjaan yang dijanjikan oleh kawannya di bandar belum pasti diperolehnya. Dalam hati pak Busu juga amat berharap agar kedua-dua orang anaknya itu dapat terus mengusahakan sawahnya bersama-sama dan menjalani kehidupan bagai (10) hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah di kampung halaman mereka. Pak Busu juga tidak mahu anak-anaknya terdedah oleh kehidupan moden atau barat kerana manusia hendaklah (11) hidup dikandung adat, mati dikandung tanah. Malah, kehidupan anak-anaknya amat bergantung pada dirinya selama ini, beliau tidak mahu mereka (12) seperti anak ayam kehilangan induk.