29 Oktober, 2015

Peribahasa Tingkatan 4 & 5

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 4

1.   bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
2.   darah daging
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
3.   berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Mengalami susah senang bersama-sama.
4.   meninggi diri
Sombong
5.   bermuka dua
Tidak jujur.
6.   baik hati
Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
7.   tulang belakang
Punca kekuatan/ orang harapan
8.   bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
9.   bagai kaca terhempas ke batu
Sangat sedih atau kecewa.
10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
12. seperti lembu dicucuk hidung
Orang yang selalu menurut kemahuan orang
13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
15. terang hati
Lekas pandai.
16. rendah hati
Tidak sombong
17. murah hati
Pemurah.
18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
19. Tangan kosong
Hampa.


Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 5

1.   lintah darat
Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
2.   bagai aur dengan tebing
Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
3.   anak dagang
Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat
4.   Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
5.   kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Kalau takut berhadapan dengan penderitaan, lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
6.   indah khabar daripada rupa
Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
7.   hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Pengagihan yang sama banyak.
8.   bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
9.   kacang lupakan kulit
Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya.
13. memerah otak
Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
18. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Terlalu banyak pada sesuatu masa.
19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
21. mencari jalan
Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
22. biar mati anak, jangan mati adat
Orang yang kuat perpegang pada adat.
23.  sediakan payung sebelum hujan
Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
24. berbesar hati
Gembira.
25. anak buah
Pekerja di bawah jagaan kita.
26. tuan rumah
Tempat berlangsungnya sesuatu acara
27. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
28. batu penghalang
Halangan
29. untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
30. bagai ikan pulang ke lubuk
Orang yang pulang ke tempat asal. 

20 Oktober, 2015

Analisis SPM 2015

Analisis Soalan Kertas 2 Percubaan Negeri 2015

https://drive.google.com/file/d/0B8vMxp_aZ1aYNEkzVWhxWmpMcmM/view?usp=sharing


Analisis Soalan Karangan Percubaan SPM Negeri 2015

https://drive.google.com/file/d/0B8vMxp_aZ1aYNzJPUGFfeHF0UGc/view?usp=sharing

Kedah 2, Kelantan 2, NS 2, MRSM 2 & Perak 2

Kedah 2

https://drive.google.com/file/d/0B8vMxp_aZ1aYbWlVblhxa3FJMHc/view?usp=sharing

Skema




Kelantan 2

https://drive.google.com/file/d/0B8vMxp_aZ1aYckt0c1pyMzJGV28/view?usp=sharing

Skema




NS 2

https://drive.google.com/file/d/0B8vMxp_aZ1aYWkhQVTZNRTlZTms/view?usp=sharing

Skema




MRSM 2

https://drive.google.com/file/d/0B8vMxp_aZ1aYVDNoOWlJYWV5N2s/view?usp=sharing

Skema




Perak 2

https://drive.google.com/file/d/0B8vMxp_aZ1aYZU9XRWNFVEhfS0U/view?usp=sharing

Skema

19 Julai, 2015

2015 ~ Karangan Cuti 6 (Sr2B & Sr2E)

Penghayatan nilai-nilai murni dalam karya sastera dapat membentuk peribadi
yang baik dalam kalangan pembaca.

Tulis suatu cerita berdasarkan pernyataan di atas.

01 Jun, 2015

2015 ~ Karangan Cuti 4 (Sr2B & Sr2E)

Vandalisme merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh sesetengah pihak sehingga membawa kerugian kepada pihak lain.
Bincangkan punca-punca vandalisme dan langkah-langkah untuk mengatasi gejala negatif ini.

2015 ~ Karangan Cuti 3 (Sr2B & Sr2E)

Kegiatan lumba haram dalam kalangan remaja merupakan isu yang semakin banyak dibincangkan khususnya oleh pihak media massa.
Bincangkan punca-punca lumba haram dan langkah-langkah mengatasi gejala tersebut.

16 Mac, 2015

2015 ~ Karangan Cuti 1 (Sr2B & Sr2E)

Perpaduan merupakan elemen penting untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni di negara yang mempunyai penduduk pelbagai kaum.

Huraikan usaha-usaha untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.


Catatan :

(a) Tulis pada kertas kajang sekolah.

(b) Tidak perlu hantar rangka karangan.

09 Mac, 2015

Morfologi 4 (Istilah) ~ Sr2B & Sr2E



 Arahan :  SAMA DENGAN MORFOLOGI 2.

(i)   album           :  buku tempat menyimpan atau melekatkan gambar, setem 
                              dan sebagainya.

(ii)  jentolak         :  traktor penyodok yang kuat untuk me­ratakan atau mengangkut 
                               tanah, batu, dan lain-lain ; bulldozer.

(iii)  reban           :  tempat mengurung ayam atau itik.

(iv)  sinopsis       :  ringkasan cerita.

(v)   efektif          ada kesannya (pengaruhnya), berkesan ; mujarab (berkaitan
                              dengan ubat)

(vi)   gimnasium  :  bilik atau dewan yang dilengkapi palang, beberat, tali dan 
                              sebagainya untuk latihan jasmani.

***  MESTI hantar pada hari ini (9/3/15).
***  Esok, selepas waktu persekolahan boleh lisan.

25 Januari, 2015

Rangka Karangan 1 (Patriotisme)




Pengenalan
·           Patriotisme bermaksud semangat cinta akan negara.
·           Penting untuk mewujudkan kerjasama antara rakyat dan memajukan negara.
·      Keselamatan negara lebih terjamin dan tidak mudah diancam oleh kuasa luar ~ bersatu teguh, bercerai roboh.
·           Semakin luntur terutamanya dalam kalangan generasi muda.
·           Setiap rakyat perlu memupuk semangat patriotisme sejak kecil.
·      Pelbagai langkah saya ambil untuk menyemai semangat patriotisme dalam diri saya.

Isi 1
Membeli barangan tempatan
·           Mengutamakan barangan tempatan berbanding dengan barangan tempatan ~ tak kenal maka tak cinta.
·           Menggalakkan perkembangan industri pembuatan negara.
·           Mengurangkan pengimportan barangan.
·           Mengurangkan aliran keluar mata wang Ringgit.
·           Memajukan ekonomi negara.
·           Contohnya, mengutamakan kereta nasional Proton.

Isi 2
Mendalami sejarah negara
·           Membeli dan membaca buku-buku yang berkaitan dengan sejarah negara.
·           Melawat ke tempat-tempat bersejarah.
·        Mencontohi semangat patriotisme pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air ~ biar putih tulang jangan putih mata.
·           Menjadikan sejarah hitam sebagai iktibar pentingnya semangat cinta akan negara.
·           Menerangkan sejarah negara kepada pelancong asing.
·           Contohnya, melawat ke Kota A Famosa dan Makam Mahsuri.

Isi 3
Mematuhi undang-undang negara
·        Mengikut peraturan dan undang-undang ~ di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
·           Mewujudkan negara yang aman dan harmoni.
·           Masyarakat dapat hidup dengan sejahtera.
·           Menjadi teladan kepada pendatang asing.
·           Menjaga imej negara dan menarik kedatangan pelancong.
·           Contohnya, tidak terlibat dalam kes jenayah seperti rasuah.

Isi 4
Menyambut Hari Kebangsaan
·           Mengibarkan bendera Jalur Gemilang.
·           Menyertai majlis sambutan Hari Kebangsaan.
·           Meningkatkan perpaduan rakyat berbilang kaum.
·           Memperingati jasa pejuang-pejuang kemerdekaan ~ seperti lilin membakar diri ~ harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
·           Sedar dan berazam akan mempertahankan kemerdekaan sampai bila-bila.
·           Contohnya, menyertai majlis sambutan di Dataran Merdeka.

Isi 5
Memberikan sumbangan kepada negara
·           Mewakili negara dalam pertandingan sukan.
·           Mengharumkan nama negara pada peringkat antarabangsa.
·           Belajar bersungguh-sungguh dan berjaya dalam akademik.
·      Pulang dan berkhidmat di negara ini setelah tamat pengajian ~ hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri ~  setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.
·           Mengurangkan kebergantungan negara terhadap tenaga kerja asing.
·           Contohnya, berkhidmat sebagai doktor pakar.


Penutup
·           Kesimpulannya, pelbagai langkah telah saya ambil.
·           Belum mencukupi.
·           Akan mengambil langkah-langkah lain.
·           Menjadi anak watan yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.
·           Berasa bangga dan akan memberikan sumbangan kepada negara ~ duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.