14 September, 2016

Karangan Cuti 8 (Sr2A & Sr2C)

Belakangan ini telah berlaku kenaikan harga barangan keperluan pengguna. Sebagai seorang pengguna yang bijak, jelaskan langkah-langkah yang dapat diambil oleh setiap ahli keluarga untuk menangani masalah kenaikan harga barangan.


Cadangan idea:

1. Setiap ahli keluarga perlulah mengamalkan amalan berjimat cermat. Amalan ini dapat dilaksanakan dengan mengurangkan perbelanjaan Sebagai contohnya, jika pada suatu ketika dahulu kita berbelanja sebanyak 100 peratus, perbelanjaan tersebut hendaklah dikurangkan kepada 50 atau 60 peratus sahaja. Wang selebihnya hendaklah disimpan.

2. Sikap berjimat cermat dalam setiap ahli keluarga hendaklah bermula dengan amalan yang mudah-mudah terlebih dahulu seperti mengawal penggunaan keperluan asas terutama elektrik dan air. Rata-rata ibu bapa merungut tentang sikap anak-anak mutakhir ini yang dengan sewenang-wenangnya mencurahkan air sesuka hati dan membiarkan lampu dan kipas terpasang ketika tidak diperlukan.. Contoh yang paling mudah, jikalau kuasa elektrik dijimatkan dan utilitinya di bawah daripada paras RM20 justeru penggunaan domestic tersebut adalah percuma.

3. Ibu bapa mendidik anak-anak mengamalkan sikap bersederhana dalam hal makan minum, pakaian dan berbelanja sekadar yang perlu sahaja.

4. Anak-anak yang menunggu keputusan peperksaan mungkin boleh membantu ibu bapa bekerja sambilan untuk menambahkan pendapatan keluarga dan mengurangkan bebanan.

5. Setiap ahli keluarga mestilah meningkatkan pengetahuan tentang ilmu kepenggunaan dan cakna dengan hak kita sebagai pengguna. Dengan adanya ilmu, ahli keluarga dapat membezakan antara keperluan dan kehendak.

6. Sebagai ketua keluarga, ibu bapalah yang berperanan untuk menyediakan belanjawan kewangan keluarga manakala anak mestilah dibawa berunding bersama. Melalui belanjawan kewangan, perbelanjaan dapat dikawal. Ketua sesebuah keluarga pula hendaklah merancang perbelanjaan keluarga dengan teliti. Semua perbelanjaan hendaklah dibuat berdasarkan keperluan. Hal ini bermaksud barang-barang yang tidak diperlukan hendaklah diketepikan.

7. Ibu dicadangkan untuk masak sendiri di rumah untuk keluarga, dan kurangkan aktiviti makan di luar sebagai langkah penjimatan.

17 Ogos, 2016

Senarai Peribahasa Buku Teks Tingkatan 4 & 5

Tingkatan 4
 
1.   bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
      Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2.   darah daging
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3.   berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Mengalami susah senang bersama-sama.

4.   meninggi diri
Sombong

5.   bermuka dua
Tidak jujur.

6.   baik hati
Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7.   tulang belakang
Punca kekuatan/ orang harapan.

8.   bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9.   bagai kaca terhempas ke batu
Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat.

12. seperti lembu dicucuk hidung
Orang yang selalu menurut kemahuan orang.

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

15. terang hati
Lekas pandai.

16. rendah hati
Tidak sombong.

17. murah hati
Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong
Hampa.

Tingkatan 5

1.   lintah darat
      Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

2.   bagai aur dengan tebing
Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

3.   anak dagang
Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat.

4.   Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

5.   kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Kalau takut berhadapan dengan penderitaan, lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah.

6.   indah khabar daripada rupa
Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

7.   hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Pengagihan yang sama banyak.

8.   bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

9.   kacang lupakan kulit
Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

10. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Menurut undang-undang atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

11.  masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan di sesuatu tempat.

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya.

13. memerah otak
Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah.

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha.

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

18. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

21. mencari jalan
Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

22. biar mati anak, jangan mati adat
Orang yang kuat perpegang pada adat.

23.  sediakan payung sebelum hujan
Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

24. berbesar hati
Gembira.

25. anak buah
Pekerja di bawah jagaan kita.

26. tuan rumah
Tempat berlangsungnya sesuatu acara.

27. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

28. batu penghalang
Halangan.

29. untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

30. bagai ikan pulang ke lubuk
     Orang yang pulang ke tempat asal. 

26 Julai, 2016

Karangan Cuti 7 (Sr2A & Sr2C)

Kini, penggunaan kad kredit bukan lagi satu kemewahan tetapi satu keperluan yang kian menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita.
Apakah faedah-faedah penggunaan kad kredit?

Pengenalan
•  Sudah menjadi budaya popular masyarakat masa ini.
•  Pengganti wang tunai.
•  Penggunaannya semakin popular.
•  Mudah dipohon (gaji RM1800/thn)
•  Visa kad, Master kad.
•  Memberi faedah kepada pemiliknya.


Faedah
1.         Menyenangkan urusan seharian
     Pemegang kad boleh membayar bil-bil seperti bil elektrik, air, telefon serta membeli-belah melalui melayari laman sesawang tertentu.
     Cuma perlu menurunkan tandatangan pada bil barang yang dibeli, usah risau bahawa wang tunai yang dibawa tidak mencukupi.
     Bayaran kad kredit boleh dilakukan secara ansuran mengikut kemampuan pemegang kad.
       Citibank yang menawarkan kemudahan pembayaran tol Touch N Go, penambahan nilai kad prabayar bagi telefon bimbit merupakan antara contohnya.

2.         Keselamatan pemegang kad kredit dapat dijamin
     Pemilik kad kredit tidak bimbang - kurang risiko kecurian
     Tidak perlu membawa wang tunai yang banyak, maka menurunkan risiko seperti dirompak atau diragut.
     Sekiranya kad kredit telah hilang atau dicuri, pemegang boleh membuat laporan supaya kad dan butir-butir diri tidak akan disalahgunakan ~ pembatalan serta-merta sebarang bentuk transaksi.
     Kad kredit tidak boleh dipindah milik berbanding wang tunai - sebarang urusan pembelian memerlukan pengesahan pemilik kad – tandatangan.

3.         Kad kredit membantu meneruskan kelangsungan hidup.
  Dalam situasi tertentu terutamanya semasa kecemasan, kad kredit boleh digunakan buat sementara untuk membeli barang keperluan keluarga, membiayai yuran sekolah anak-anak, kos perubatan ahli keluarga yang membebankan sekiranya gaji belum lagi diperoleh.
     Namun begitu, hutang tersebut mesti dijelaskan kepada pihak bank selagi masalah kewangan belum diatasi.

4.         Kemudahan pinjaman tunai
      Boleh mengatasi kes-kes kecemasan.
      Boleh buat overdraf.
      Menyelesaikan masalah kewangan buat sementara waktu.

5.         Tawaran istimewa
     Perlindungan insurans - insurans kemalangan, insurans perjalanan.
     Hadiah promosi ~ telefon bimbit, barangan elektrik, baucer pecutian.
     Kadar faedah rendah atau tiada langsng faedah apabila menggunakan kad kredit dengan syarat-syarat tertentu.

05 Jun, 2016

Karangan Cuti 4 (Sr2A & Sr2C) 2016

Peribahasa "sudah terhantuk baru tengadah" membawa maksud sesudah mendapat kesusahan, barulah beringat-ingat.

Tulis satu cerita yang berkaitan dengan peribahasa tersebut.


~  Hantar pada 13/6/16 (Isnin)

02 Jun, 2016

Karangan Cuti 3 (Sr2A & Sr2C) 2016

Kegilaan remaja terhadap program-program televisyen realiti menyebabkan tumpuan mereka dalam pelajaran terjejas.

Berikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam usaha mengawal kecenderungan anak-anak terhadap program televisyen realiti.


~  Hantar pada 13/6/16 (Isnin)

07 Januari, 2016

Sintaksis 1 (Analisis Subjek & Predikat)


Kenal pasti subjek dan predikat bagi ayat-ayat di bawah.
1.     Hamidah mengulang kaji pelajaran di perpustakaan sekolah pada setiap petang.
Subjek    :
Predikat  :

2.     Jamal dan ibunya pergi ke pasar pagi untuk membeli sayur-sayuran.
Subjek    :
Predikat  :

3.     Rumput yang panjang di tepi padang itu ditebas oleh Hashim pada minggu yang lepas.
Subjek    :
Predikat  :

4.     Dengan berhati-hati mereka berdua menuruni tangga yang agak licin itu..
Subjek    :
Predikat  :

5.     Majalah yang baru dibeli oleh ayah itu belum kami baca.
Subjek    :
Predikat  :

6.     Melabuh di Pelabuhan Klang kapal kargo dari negara Jepun itu..
Subjek    :

Predikat  :