14 September, 2016

Karangan Cuti 8 (Sr2A & Sr2C)

Belakangan ini telah berlaku kenaikan harga barangan keperluan pengguna. Sebagai seorang pengguna yang bijak, jelaskan langkah-langkah yang dapat diambil oleh setiap ahli keluarga untuk menangani masalah kenaikan harga barangan.


Cadangan idea:

1. Setiap ahli keluarga perlulah mengamalkan amalan berjimat cermat. Amalan ini dapat dilaksanakan dengan mengurangkan perbelanjaan Sebagai contohnya, jika pada suatu ketika dahulu kita berbelanja sebanyak 100 peratus, perbelanjaan tersebut hendaklah dikurangkan kepada 50 atau 60 peratus sahaja. Wang selebihnya hendaklah disimpan.

2. Sikap berjimat cermat dalam setiap ahli keluarga hendaklah bermula dengan amalan yang mudah-mudah terlebih dahulu seperti mengawal penggunaan keperluan asas terutama elektrik dan air. Rata-rata ibu bapa merungut tentang sikap anak-anak mutakhir ini yang dengan sewenang-wenangnya mencurahkan air sesuka hati dan membiarkan lampu dan kipas terpasang ketika tidak diperlukan.. Contoh yang paling mudah, jikalau kuasa elektrik dijimatkan dan utilitinya di bawah daripada paras RM20 justeru penggunaan domestic tersebut adalah percuma.

3. Ibu bapa mendidik anak-anak mengamalkan sikap bersederhana dalam hal makan minum, pakaian dan berbelanja sekadar yang perlu sahaja.

4. Anak-anak yang menunggu keputusan peperksaan mungkin boleh membantu ibu bapa bekerja sambilan untuk menambahkan pendapatan keluarga dan mengurangkan bebanan.

5. Setiap ahli keluarga mestilah meningkatkan pengetahuan tentang ilmu kepenggunaan dan cakna dengan hak kita sebagai pengguna. Dengan adanya ilmu, ahli keluarga dapat membezakan antara keperluan dan kehendak.

6. Sebagai ketua keluarga, ibu bapalah yang berperanan untuk menyediakan belanjawan kewangan keluarga manakala anak mestilah dibawa berunding bersama. Melalui belanjawan kewangan, perbelanjaan dapat dikawal. Ketua sesebuah keluarga pula hendaklah merancang perbelanjaan keluarga dengan teliti. Semua perbelanjaan hendaklah dibuat berdasarkan keperluan. Hal ini bermaksud barang-barang yang tidak diperlukan hendaklah diketepikan.

7. Ibu dicadangkan untuk masak sendiri di rumah untuk keluarga, dan kurangkan aktiviti makan di luar sebagai langkah penjimatan.