21 September, 2017

Karangan Mungguan & Karangan Cuti

Karangan Mingguan ~ Sr2ComD (Hantar pada 25/9/17)
Kempen gaya hidup sihat telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang mementingkan kesihatan dan kesejahteraan hidup.
Bincangkan amalan-amalan yang wajar anda lakukan untuk memastikan kesihatan diri sentiasa terjaga.
Cadangan idea :
Ø    Mengamalkan pemakanan seimbang/berkhasiat.
Ø    Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
Ø    Bersukan/bersenam.
Ø    Tidur dan rehat yang cukup.
Ø    Jauhi tabiat buruk (merokok, mengambil dadah, alkohol).
Ø    Menjaga kesihatan diri dan persekitaran.
Ø    Menjalani pemeriksaan kesihatan.


Karangan Cuti 5 ~ Sr2ScB (Hantar pada 25/9/17)
Kempen gaya hidup sihat telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang mementingkan kesihatan dan kesejahteraan hidup.
Bincangkan amalan-amalan yang wajar anda lakukan untuk memastikan kesihatan diri sentiasa terjaga.
Cadangan idea :
Ø    Mengamalkan pemakanan seimbang/berkhasiat.
Ø    Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
Ø    Bersukan/bersenam.
Ø    Tidur dan rehat yang cukup.
Ø    Jauhi tabiat buruk (merokok, mengambil dadah, alkohol).
Ø    Menjaga kesihatan diri dan persekitaran.
Ø    Menjalani pemeriksaan kesihatan.

07 Mei, 2017

Contoh Cara Menjawab Novel (2)

Novel yang saya pelajari ialah novel “Tirani” karya Beb Sabariah. Beberapa nilai dikemukakan oleh penulis dalam novel ini.

Antara nilai yang dikemukakan dalam novel ini ialah nilai ketabahan. Contohnya, Waheeda tabah menghadapi ...

Selain itu, nilai yang dipaparkan ialah nilai keinsafan. Contonya, Zahid berasa insaf akan ...

Di samping itu, nilai yang ditonjolkan ialah nilai keberanian. Misalnya, Waheeda berani menjalani pembedahan plastik …
Contoh Cara Menjawab Novel (1)

Novel yang saya pelajari ialah novel “Tirani” karya Beb Sabariah. Watak utama dalam novel ini ialah Waheeda. Beberapa perwatakan ditonjolkan oleh Waheeda dalam novel ini.

Antara perwatakan watak utama dalam novel ini ialah dia seorang yang bijak. Contohnya, Waheeda bijak menguruskan perniagaan pelancongan homestay…

Selain itu, dia merupakan seorang yang tabah. Contohnya, Waheeda tabah menghadapi...

Di samping itu, dia merupakan seorang yang berani. Misalnya, Waheeda berani menjalani pembedahan plastik…

19 April, 2017

Peribahasa (Ujian 5)

1. anak dagang
Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat.

2. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

3. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Kalau takut berhadapan dengan penderitaan, lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah.

4. indah khabar daripada rupa
Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

5. kacang lupakan kulit
Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

6. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

7. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan.

8. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya.

9. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha.

10. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

11. biar mati anak, jangan mati adat
Orang yang kuat perpegang pada adat.

12. bagai ikan pulang ke lubuk
Orang yang pulang ke tempat asal.

23 Mac, 2017

Karangan Cuti (2) ~ Sr2ScB & Sr2ComD

Kebanjiran pendatang asing ke sesebuah telah membawa banyak kesan.

Jelaskan kesan-kesan kebanjiran pendatang asing ke negara ini.



Nota : Sila hantar karangan ini pada 27/3/17 (Isnin).


*** : Sila tulis karangan cuti pada
kertas testpad sekolah.

19 Mac, 2017

Karangan Cuti (1) ~ Sr2ScB & Sr2ComD

Halaman 4, Buku Kerja

"Cara-cara menjaga kebersihan sungai"



Nota : Sila hantar karangan ini pada 27/3/17 (Isnin).

*** : Sila tulis karangan cuti pada
kertas testpad sekolah.