11 Januari, 2018

Karangan 1

Penutup (Bimbingan)

(AKsmpln) Kesimpulannya, ibu bapa haruslah memainkan peranan yang proaktif dan efektif untuk membentuk sahsiah anak-anak. (ACdgn) Ibu bapa diharapkan tidak berputus asa untuk membentuk keperibadian anak, sebaliknya genggam bara api biarlah sampai jadi arang. (APnln) Jika ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi, nescaya matlamat ini dapat direalisasikan. (APndpt) Dalam hal ini, ibu bapa tidak patut memberikan pelbagai alasan termasuklah kesibukan bekerja untuk lepas tangan daripada tanggungjawab tersebut. (AHrpn) Kita berharap agar generasi muda yang bersahsiah tinggi dapat dilahirkan untuk membawa negara ini ke arah kejayaan supaya dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. (APntp) Oleh itu, jelaslah bahawa peranan ibu bapa amat signifikan dalam pembentukan sahsiah anak-anak.