13 Februari, 2018

Isi Pertama

  
    Salah satu cara saya menjaga kebersihan dan kesihatan diri ialah saya akan mandi dengan sempurna pada setiap hari. Bagi tujuan itu, saya membersihkan rambut dengan syampu dan anggota badan dengan sabun  yang sesuai, bukannya mandi kerbau sahaja. Langkah ini untuk memastikan segala kotoran atau daki yang  terdapat pada badan saya dapat ditanggalkan. Contohnya, selepas saya bersukan, saya akan memastikan segala kotoran akibat berpeluh dibersihkan. Mandi yang sempurna ini membolehkan saya mempunyai badan yang bersih dan segar. Tegasnya, saya akan mandi dengan sempurna untuk menjaga kebersihan diri.