Sambungkan
ayat-ayat dalam petikan di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa
mengubahmaksud dan susunan asalnya.
Akhir-akhir
ini, kes demam Denggi yang melanda negara kita telah meningkat. Keadaan ini telah
mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Demam Denggi dapat membawa maut.
Nyamuk Aedes menjadi punca kepada wabak demam Denggi. Nyamuk ini membiak di
tempat-tempat yang ada takungan air. Tumpuannya ialah takungan air yang jernih
seperti di dalam bekas takungan air, pasu bunga, botol-botol air terbiar dan
juga longkang-longkang yang tersumbat. Kesedaran masyarakat tentang bahaya
demam Denggi semakin meningkat akhir-akhir ini. Kerajaan telah melancarkan
pelbagai kempen. Kempen-kempen dilakukan melalui media cetak dan media elektronik.
Kempen-kempen ini adalah untuk menyedarkan masyarakat.