26 Julai, 2016

Karangan Cuti 7 (Sr2A & Sr2C)

Kini, penggunaan kad kredit bukan lagi satu kemewahan tetapi satu keperluan yang kian menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita.
Apakah faedah-faedah penggunaan kad kredit?

Pengenalan
•  Sudah menjadi budaya popular masyarakat masa ini.
•  Pengganti wang tunai.
•  Penggunaannya semakin popular.
•  Mudah dipohon (gaji RM1800/thn)
•  Visa kad, Master kad.
•  Memberi faedah kepada pemiliknya.


Faedah
1.         Menyenangkan urusan seharian
•      Pemegang kad boleh membayar bil-bil seperti bil elektrik, air, telefon serta membeli-belah melalui melayari laman sesawang tertentu.
•      Cuma perlu menurunkan tandatangan pada bil barang yang dibeli, usah risau bahawa wang tunai yang dibawa tidak mencukupi.
•      Bayaran kad kredit boleh dilakukan secara ansuran mengikut kemampuan pemegang kad.
•        Citibank yang menawarkan kemudahan pembayaran tol Touch N Go, penambahan nilai kad prabayar bagi telefon bimbit merupakan antara contohnya.

2.         Keselamatan pemegang kad kredit dapat dijamin
•      Pemilik kad kredit tidak bimbang - kurang risiko kecurian
•      Tidak perlu membawa wang tunai yang banyak, maka menurunkan risiko seperti dirompak atau diragut.
•      Sekiranya kad kredit telah hilang atau dicuri, pemegang boleh membuat laporan supaya kad dan butir-butir diri tidak akan disalahgunakan ~ pembatalan serta-merta sebarang bentuk transaksi.
•      Kad kredit tidak boleh dipindah milik berbanding wang tunai - sebarang urusan pembelian memerlukan pengesahan pemilik kad – tandatangan.

3.         Kad kredit membantu meneruskan kelangsungan hidup.
•   Dalam situasi tertentu terutamanya semasa kecemasan, kad kredit boleh digunakan buat sementara untuk membeli barang keperluan keluarga, membiayai yuran sekolah anak-anak, kos perubatan ahli keluarga yang membebankan sekiranya gaji belum lagi diperoleh.
•      Namun begitu, hutang tersebut mesti dijelaskan kepada pihak bank selagi masalah kewangan belum diatasi.

4.         Kemudahan pinjaman tunai
•      Boleh mengatasi kes-kes kecemasan.
•      Boleh buat overdraf.
•      Menyelesaikan masalah kewangan buat sementara waktu.

5.         Tawaran istimewa
•      Perlindungan insurans - insurans kemalangan, insurans perjalanan.
•      Hadiah promosi ~ telefon bimbit, barangan elektrik, baucer pecutian.
•      Kadar faedah rendah atau tiada langsng faedah apabila menggunakan kad kredit dengan syarat-syarat tertentu.