Kini, penggunaan kad kredit bukan lagi satu kemewahan tetapi satu keperluan yang kian menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita.
Apakah faedah-faedah penggunaan kad kredit?
Pengenalan
• Sudah menjadi budaya popular masyarakat masa ini.
• Pengganti wang tunai.
• Penggunaannya semakin popular.
• Mudah dipohon (gaji RM1800/thn)
• Visa kad, Master kad.
• Memberi faedah kepada pemiliknya.
• Sudah menjadi budaya popular masyarakat masa ini.
• Pengganti wang tunai.
• Penggunaannya semakin popular.
• Mudah dipohon (gaji RM1800/thn)
• Visa kad, Master kad.
• Memberi faedah kepada pemiliknya.
Faedah
1. Menyenangkan urusan seharian
• Pemegang kad boleh membayar bil-bil seperti bil elektrik, air, telefon serta membeli-belah melalui melayari laman sesawang tertentu.
• Cuma perlu menurunkan tandatangan pada bil barang yang dibeli, usah risau bahawa wang tunai yang dibawa tidak mencukupi.
• Bayaran kad kredit boleh dilakukan secara ansuran mengikut kemampuan pemegang kad.
• Citibank yang menawarkan kemudahan pembayaran tol Touch N Go, penambahan nilai kad prabayar bagi telefon bimbit merupakan antara contohnya.
2. Keselamatan pemegang kad kredit dapat dijamin
• Pemilik kad kredit tidak bimbang - kurang risiko kecurian
• Tidak perlu membawa wang tunai yang banyak, maka menurunkan risiko seperti dirompak atau diragut.
• Sekiranya kad kredit telah hilang atau dicuri, pemegang boleh membuat laporan supaya kad dan butir-butir diri tidak akan disalahgunakan ~ pembatalan serta-merta sebarang bentuk transaksi.
• Kad kredit tidak boleh dipindah milik berbanding wang tunai - sebarang urusan pembelian memerlukan pengesahan pemilik kad – tandatangan.
3. Kad kredit membantu meneruskan kelangsungan hidup.
• Dalam situasi tertentu terutamanya semasa kecemasan, kad kredit boleh digunakan buat sementara untuk membeli barang keperluan keluarga, membiayai yuran sekolah anak-anak, kos perubatan ahli keluarga yang membebankan sekiranya gaji belum lagi diperoleh.
• Namun begitu, hutang tersebut mesti dijelaskan kepada pihak bank selagi masalah kewangan belum diatasi.
4. Kemudahan pinjaman tunai
• Boleh mengatasi kes-kes kecemasan.
• Boleh buat overdraf.
• Menyelesaikan masalah kewangan buat sementara waktu.
5. Tawaran istimewa
• Perlindungan insurans - insurans kemalangan, insurans perjalanan.
• Hadiah promosi ~ telefon bimbit, barangan elektrik, baucer pecutian.
• Kadar faedah rendah atau tiada langsng faedah apabila menggunakan kad kredit dengan syarat-syarat tertentu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan