Senarai
Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 4
1. bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat
Kata
sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
2. darah daging
Anak
dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
3. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Mengalami
susah senang bersama-sama.
4. meninggi diri
Sombong
5. bermuka dua
Tidak
jujur.
6. baik hati
Bersikap
baik dan penyayang (suka menolong).
7. tulang belakang
Punca
kekuatan/ orang harapan
8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Mengerjakan
sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
9. bagai kaca terhempas ke batu
Sangat
sedih atau kecewa.
10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Mendidik
anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Dua
orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
12. seperti lembu dicucuk hidung
Orang
yang selalu menurut kemahuan orang
13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama
dijinjing
Bersama-sama
menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
segala-gala
yang dikehendaki sudah diperoleh.
15. terang hati
Lekas
pandai.
16. rendah hati
Tidak
sombong
17. murah hati
Pemurah.
18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Adat
yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
19. Tangan kosong
Hampa.
Senarai
Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 5
1. lintah darat
Peniaga
yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
2. bagai aur dengan tebing
Hubungan
yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
3. anak dagang
Orang
luar yang datang menetap di sesuatu tempat
4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di
negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Walau
bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di
tepi pantai
Kalau
takut berhadapan dengan penderitaan, lebih baik jangan melakukan sesuatu yang
susah
6. indah khabar daripada rupa
Perkhabaran
tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
dicecah
Pengagihan
yang sama banyak.
8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Perhubungan
yang sangat akrab, senang susah bersama.
9. kacang lupakan kulit
Orang
yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat
kesenangan.
10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Menurut
adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang
kerbau menguak
Menyesuaikan
diri dengan tempat dan keadaan
12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah
semua
Kesilapan
yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya.
13. memerah otak
Berfikir
dengan bersungguh-sungguh.
14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya
Tak
akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke
tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Bersusah
payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih
tidak datang melayang
Sesuatu
benda tidak akan datang tanpa usaha
17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Sabar
mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
18. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Terlalu
banyak pada sesuatu masa.
19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat.
Kata
sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong
pula berciciran
Bernasib
malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang
pula.
21. mencari jalan
Berikhtiar
menyelesaikan sesuatu perkara.
22. biar mati anak, jangan mati adat
Orang
yang kuat perpegang pada adat.
23. sediakan payung sebelum hujan
Berjaga-jaga
dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
24. berbesar hati
Gembira.
25. anak buah
Pekerja
di bawah jagaan kita.
26. tuan rumah
Tempat
berlangsungnya sesuatu acara
27. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Adat
yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
28. batu penghalang
Halangan
29. untung anak lelaki cari-carikan, untung anak
perempuan nanti-nantikan
Orang
lelaki yang merisik bakal isterinya.
30. bagai ikan pulang ke lubuk
Orang
yang pulang ke tempat asal.