Catatan :
Bagi sesetengah soalan, nama watak TIDAK BOLEH
diletakkan dalam ayat isi.
Nama watak hanya dimasukkan dalam ayat-ayat
huraian.
(Namun tetap bergantung pada kehendak dan bentuk
soalan)
Pemerian
Pengarang
memerihalkan upacara menyarungkan cincin perkahwinan pengantin lelaki di jari
pengantin perempuan. Contohnya, Waheeda tersenyum mengalu-alukan Mak Cik
Hazimah, ibu saudara Zahid, lalu menghulurkan tangan kanannya. Haziamah
menyarungkan cincin pemberian Zahid di jari manis untuk memantapkan ikatan perkahwinan
mereka. Waheeeda berengsot dan mencium tangan suaminya. Zahid merapatkan
wajahnya ke hadapan lalu mencium dahi isterinya. Mesra dan kejap.
Pengarang
memerihalkan keadaan wajah Waheeda selepas dia menjalani pembedahan plastik.
Contohnya, mata Waheeda berbalut dan hidungnya pula berbebat selama dua hari
berada di wad selepas pembedahan. Seterusnya, wajah Waheeda dipuji oleh
kawannya, Bazilah kerana
wajahnya sememang manis ditambah pula kelopak mata cantik berlapis. Hidungnya
mancung macam heroin Hindustan, sampai Bazilah hilang kata-kata untuk
memujinya.
Kejutan
Antara
contoh teknik kejutan yang terdapat dalam novel ini ialah perisitiwa serangan
monyet Belanda di Chalet Tajau Emas. Monyet Belanda yang menceroboh chalet
tersebut menyebabkan suasana menjadi kelam kabut. Penghuni dan pekerja-pekerja
lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri daripada digigit monyet Belanda. Peristiwa
ini menimbulkan kejutan kepada pembaca kerana
pembaca tidak
menyangka bahawa monyet Belanda bertindak agresif sehingga mencederakan
Waheeda. Muka Waheeda telah dicalar oleh monyet dan segera dikejarkan ke
hospital untuk rawatan.
Selain
itu, contoh teknik kejutan yang terdapat dalam novel ini termasuklah peristiwa
Waheeda diceraikan oleh Zahid. Suami Waheeda Zahid merupakan seseorang yang
panas baran dan kuat cemburu. Oleh itu, Zahid telah menuduh Waheeda bahawa dia
telah berlaku curang
dengan lelaki yang lain. Ini menyebabkan Zahid mengesyaki bahawa Izzati bukan
anak kandungnya dan menceraikan Waheeda. Peristiwa ini tidak disangka oleh
pembaca kerana Zahid sangat cinta akan Waheeda sebelumnya.
Saspens
Salah
satu peristiwa yang mengandungi teknik saspens termasuklah peristiwa Waheeda
digigit oleh monyet Belanda. Pembaca berasa tertanya-tanya dan ingin mengetahui
keadaan Waheeda apabila berlaku kejadian tersebut. Contohnya, adakah wajah
Waheeda menjadi cacat selepas mukanya digigit?
Selain
itu, teknik saspens juga digunakan oleh penulis apabila Zahid berasa insaf akan
kesalahannya serta meminta maaf daripada Waheeda. Pada masa ini, pembaca akan
mewujudkan perasaan ingin tahu bahawa Zahid akan diampunkan oleh Waheeda atau
tidak. Secara langsung, pembaca akan membaca cerita seterusnya untuk mencari
jawapan.
Imbas Kembali
Zahid
mengimbas kembali tindakannya yang menceraikan Waheeda dua puluh tahun yang
lalu. Dia menceraikan Waheeda kerana menganggap bahawa Waheeda tidak setia akannya. Dia juga tidak mengakui
Izzati sebagai anak kandungnya
walaupun Waheeda telah menjalani
ujian DNA yang membuktikan bahawa Izzati ialah anak daging mereka. Zahid
menyesal akan perbuatannya kerana dia telah mengabaikan keluarganya.
Waheeda
mengingati dia diejek oleh kawan-kawannya kerana dia bermata sepet dan
berhidung pesek. Pada zaman persekolahannya, dia menghidapi penyakit alergi
yang sukar untuk dirawati. Hal ini menyebabkan Waheeda menerima gelaran ‘ Eda
Keropok’. Oleh itu, Waheeda tetap hendak pergi menjalani pembedahan plastik pada mukanya walaupun sudah
mengetahui risiko pembedahan plastik.
Monolog Dalaman
Raidah
berfikir bahawa ada sesuatu yang kurang dalam perbincangan Waheeda dengan Datin
Hazirah. Raidah beranggapan bahawa seorang yang penting tidak disebut dalam
perbincangan mereka. Raidah juga dapat memerhatikan bahawa sesuatu yang sangat
mencengkam rasa dalam sanubari masing-masing telah berlaku. Walau
bagaimanapun, Raidah hanya senyum angguk pada ketika itu. Waheeda berfikir bahawa tiada
ada sesiapa ingin dilahirkan tidak sempurna. Mat Gusi tidak ingin menghidap
penyakit jantung berlubang, waheeda juga tidak ingin menghidap penyakit alergi
yang sukar dirawat. Hal ini telah menyebabkan Mat Gusi telah meninggal dunia
manakala Waheeda mempunyai gelaran 'Eda Keropok' . Dengan ini, keinginan
menjalani pembedahan plastik dalam hati Waheeda telah wujud
Monolog Luaran
1. Bapa Waheeda, Fadihil berbisik pada
dirinya dengan berharap agar majlis tidak melepasi waktu zuhur.
-
Fadhil
berasa gembira kerana banyak tetamu yang menghadiri majilis akad nikah antara Waheeda dengan Zahid yang
diadakan pada hari Sabtu dan majilis persandingan antara Waheeda dengan Zahid yang diadakan
pada hari Ahad.
-
Fadhil
risau bahawa majilis persidangan yang diadakan ini akan melewati waktu zuhur.
-
Namun
begitu, Datuk Yasser memujuk Fadhil bahawa majlis ini biasanya akan tamat dalam
masa satu jam.
2. Waheeda berbisik kepada dirinya tentang
keinginan untuk mencuba pembedahan plastik pada masa itu.
-
Waheeda
melayari laman sesawang “ALL YAHOO! HEALTH” dan dia terpikat oleh laman sesawang yang berkaitan dengan
kecantikan.
-
Perkataan-perkataan
magis yang terdapat dalam laman sesawang tersebut telah menimbulkan keinginan
Waheeda untuk mencuba pembedahan plastik.
-
Walaupun
Waheeda dinasihati oleh Raidah bahawa kecantikan asli perlu dipilihara kerana
merupakan ciptaan Tuhan, tetapi Waheeda tetap dengan pandangan sendiri, iaitu kecantikan ialah ruang dan
peluang membina keterampilan diri.
3. Waheeda berdoa sebelum menjalani
pembedahan plastik di Silicon Medical Centre (SMC).
-
Waheeda
cuba menenangkan diri dengan memberitahu diri bahawa jiwa yang tenang boleh
menguasai keadaan sekarang.
-
Waheeda
juga mengumat-ngamitkan membaca doa
untuk menaikkan semangat diri sebelum menjalani penbedahan.
-
Waheeda
memeluk ibunya sebelum masuk ke bilik persediaan pembedahan.
Imbas Muka
Peristiwa
teknik imbas muka ialah Waheeda
membayangkan tempat pembedahan. Contohnya, Bazilah berasa gerun tatkala
membayangkan keadaan meja bedah dan alat perkakas yang lazim digunakan semasa
sesi pembedahan dijalankan sewaktu mendengar penerangan tentang prosedur
pembedahan daripada Dr. Zahari.
Selain
itu, peristiwa teknik imbas muka ialah Waheeda membayangkan keadaan diri menjalani
proses pembedahan. Contohnya, ketika menantikan kedatangan doktor yang akan menjalankan
pembedahan ke atas dirinya, Waheeda membayangkan keadaan dirinya yang seumpama
disembelih hidup-hidup semasa proses pembedahan itu nanti.
Teknik Dialog
Antara
teknik dialog yan terdapat dalam novel tersebut ialah perbualan antara Dr
Zahari dengan Waheeda. Contohnya, Dr
Zahari menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastik yang akan dilalui oleh
Waheeda. Dr Zahari juga menjelaskan risiko yang dihadapi olehnya dalam
pembedahan tersebut.
Selain
itu, teknik dialog
yang terdapat dalam novel tersebut ialah perbualan antara Waheeda dengan
ibunya, Raidah.
Contohnya,Waheeda telah menyatakan hasratnya untuk menjalani pembedahan plastik
kepada ibunya. Namun, bapa Waheeda tidak bersetuju dengan hasrat Waheeda kerana beliau mengangap perbuatan
itu bercanggah
dengan hukum agama.
Konflik
Novel yang saya kaji ialah novel “Tirani”, karya Beb Sabariah. Watak
utama dalam novel “Tirani” ialah Waheeda dan
pelbagai konflik dihadapi oleh Waheeda.
Salah satu konflik yang dihadapi oleh watak utama ialah konflik memikirkan
hasratnya dihalang. Contohnya, keinginan
Waheeda menjalani pembedahan plastik tetapi dilarang oleh ibu bapanya, Fadhil
dan Raidah. Mereka melarang Waheeda menjalani
pembedahan plastik kerana perbuatan tersebut melanggar ajaran agama Islam. Namun, Waheeda berasa wajahnya hodoh
kerana hidung dia pesek dan dia
selalu diejek oleh rakannya. Akhirnya Waheeda tetap menjalani pembedahan
plastik hidung dan mata dengan alasan utnuki mengubati kecederaannya akibat digigit oleh monyet belanda. Ibu bapa
Waheeda tidak membantah hasrat Waheeda itu lagi. Setelah pembedahan, wajah
Waheeda menjadi cantik dan
sering dipuji
oleh kawan-kawannya.
Selain itu, watak utama menghadapi konflik memikirkan kerenah suami. Contohnya, konflik berlaku
kerana sikap Zahid yang kuat cemburu dan cepat naik baran. Zahid sering cemburu akan
Waheeda yang bergaul mesra dengan lelaki lain seperti Doktor Rushdi. Zahid juga
tidak mempercayai bahawa Izzati ialah anak dia dengan Waheeda dan enggan
melihat laporan DNA Izzati. Sikap Zahid itu menyebabkan Waheeda mengalami masalah
kemurungan. Akhirnya, Waheeda
menerima penceraian yang dibuat oleh Zahid terhadap dirinya. Waheeda terus berusaha
memajukan perniagaaan pelancongan dan membesarkan anaknya, Izzati selama 20
tahun tanpa suami di sisinya.
Seterusnya, watak utama menghadapi konflik memikirkan hubungan dengan
kawan karib. Contohnya,
Waheeda telah menumpang di rumah Bazilah semasa menunggu untuk menjalani pembedahan
plastik di
Singapura. Namun, semasa berada di rumah Bazilah, Waheeda telah bergaul mesra
dengan tunang Bazilah,
iaitu Doktor Zahari. Hal ini telah menyebabkan Bazilah berasa cemburu akan
Waheeda dan hubungan antaranya dengan Doktor Zahari tidak begitu rapat. Untuk
mengelakkan hubungan Bazilah dan Doktor Zahari menjadi renggang, Waheeda telah berpindah
keluar dari rumah
Bazilah dan menginap di
Flamingo Resort. Tindakan Waheeda ini juga berjaya mengelakkan terjejasnya
hubungan Waheeda dengan Bazilah.