Sinopsis
Mengisahkan
‘Aku’ melancong ke
negara Turki
sambil
mencari cenderahati untuk dibawa pulang ke
Malaysia. Pelbagai barangan
yang tersenarai
untuk dibeli kepada rakan-rakan serta dirinya sendiri. Namun dirinya hanya tertarik dengan buku-
buku
berbanding barang-barang hiasan yang
lain. Sejumlah wang telah disediakan dan
diperuntukkan untuk pembelian cenderamata tersebut
serta sedikit wang kecemasan untuk dirinya. Beliau juga telah dinasihatkan oleh pemandu pelancong dan beberapa panduan serta pantang larang
ketika berbelanja di Istanbul. ‘Aku’
serta rakan-rakannya
berasa sukar untuk menawar harga barangan yang hendak dibeli
kerana tiada tanda harga dipamerkan dan harga barangan hanya akan diberitahu jika ditanya.
Melintasi sebuah kedai menjual jaket kulit, ‘Aku’ terpaku pada sepasang
sarung
tangan kulit berwarna hitam di rak cermin. ‘Aku’ mengimbas
akan abangnya yang
menunggang motosikal pergi balik kerja. Andai ada sarung
tangan kulit, tentu tangan Abang
Longnya itu tidak terdedah pada terik matahari. Pemuda
Turki
seakan dapat
membaca isi hati menunjukkan sarung tangan kulit itu namun ‘Aku’ tidak berani
mengambilnya kerana tidak mengetahui
akan harganya.
Hajah Normah dan
Dr.
Liza tertarik dengan harga jaket berwarna kuning
keemasan yang dibeli oleh Haji Helmi dan isterinya dengan harga yang murah berbanding kedai-kedai lain. ‘Aku’ tiada pilihan mengikut rakan-rakannya masuk ke kedai tersebut. Kedainya tidaklah
begitu luas namun mampu menempatkan sepuluh orang pelanggan pada satu-satu masa dan mempunyai beratus-ratus helai jaket kulit beraneka warna dan rupa bergantungan kemas
di dalam rak berhawa dingin. ‘Aku’ dan rakannya dilayan mesra umpama selebriti. Pekedai tanpa putus asa memujuk ‘Aku’
agar membeli jaket kulit kijang. Namun, ‘Aku’ masih belum berniat untuk mencari
pengganti jaket kain yang telah lama berkhidmat kepadanya. Namun, kerana ingin
mengambil hati rakan-rakannya atau terhutang budi kerana secawan teh epal, ‘Aku’ cuba mengenakan jaket kulit tersebut. ‘Aku’
tersentak dengan harga yang disebutkan kerana dia tidak mempunyai wang yang banyak untuk membeli jaket kulit kijang yang
lembut itu. Dua rakannya itu telah membayar harga jaket pilihan mereka. ‘Aku’ dengan kata-kata berbudi bahasa mengambil
keputusan untuk tidak membeli jaket tersebut.
Wajah pekedai bertukar masam dan marah dengan tindakan ‘Aku’ dan
mengeluarkan kata-kata kesat.
Perjalanan melawat Egyptian Market, ‘Aku’ didatangi seorang remaja kurus dan
bercakap separuh berbisik menjual
barangan Black market. Melewati rakan ‘Aku’,
Kak Chah dan Shahmeem, lelaki dewasa bertubuh tegap iaitu seorang polis
menangkap remaja tersebut atas kesalahan menjual
barangan Black market. Ketika beratur menaiki
feri
menyeberangi Selat Bhosporus, seorang lelaki tua dengan
berani meletakkan
sehelai jaket kulit berwarna hitam di
lengan Aku. Rakan ‘Aku’, Shahmeem menunjukkan
minat
dan
membeli dengan
harga AS$ 120, namun
tidak sesuai dengannya apabila
dipakai. Shahmeem
menjual pula kepada ‘Aku’ dengan harga AS$100. ‘Aku’ terpaku
namun dapat
menggembirakan hati Shahmeem. ‘Aku’ juga menggambarkan tidak
praktikalnya jaket itu
digunakan
di
Malaysia, tidak sesuai dipakai dengan cuaca di Malaysia. Perlu dijaga dengan rapi, tidak boleh dilipat sembarangan, kulitnya tidak tahan lasak
jika koyak
pula
tidak dapat dijahit dengan benang. Jelas sekali ‘Aku’
terlihat lebih seekor
Kijang akan dibunuh untuk mendapatkan sehelai
jaket kulit.
Akhirnya,
‘Aku’ berhasrat untuk menggembirakan orang lain. Dia akan
menjual
jaket itu dan wang
jualan akan
didermakan kepada
mana-mana zoo yang mempunyai kandang
kijang, sabagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang terkorban demi gaya hidup yang penuh dengan kemodenan.
Watak Dan Perwatakan
Watak utama ( Mas )
1.
Gemar membaca.
Aku gemar membaca
kerana dia akan leka membeli dan membaca buku jika terjumpa kedai yang menjual
buku.
1.
Baik dan murah hati.
Aku begitu bermurah
hati dengan memberikan wang sebanyak lima lira kepada wanita tua yang menjual
makanan burung walaupun harga sepiring hanya satu lira.
1.
Berbudi bahasa.
Aku dengan sebaik
mungkin berbudi bahasa kepada pekedai Turki kerana tidak mahu membeli jaket
kulit agar pekedai itu tidak berasa kecil hati.
1.
Tidak boros
berbelanja.
Aku tidak terpengaruh
dengan layanan mesra pekedai Turki agar membeli jaket kulit kijang itu.
1.
Sayang akan haiwan.
Aku begitu menyayangi
haiwan seperti kijang kerana dia berhasrat untuk memberikan wang hasil jualan
jaket kulit kijang kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang agar
dapat memelihara haiwan tersebut daripada menjadi korban arus pemodenan.
1.
Bersederhana apabila
berbelanja.
Aku telah membuat
senarai barangan yang hendak dibeli agar tidak melebihi perbelanjaan yang telah
diperuntukan.
Watak sampingan
1.
Pekedai
Turki - Pemuda berkulit putih
Mempunyai kumis.
(misai)
Fasih berbahasa
inggeris.
1.
Peramah dan mesra
Pekedai Turki
kelihatan begitu peramah dan mesra ketika melayan pelanggan di kedainya.
1.
Tidak berputus asa
Pekedai Turki tidak
berputus asa memujuk pelanggannya membeli barang jualannya.
1.
Pandai mengambil hati
Pekedai Turki sangat
pandai mengambil hati pelanggannya dengan memberikan kata-kata manis.
1.
Cepat marah
Pekedai Turki cepat
naik amarah kerana pelanggannya tidak mahu membeli barangannya walaupuan telah
mencubanya.
2.
Polis Turki
·
Lelaki dewasa,
bertubuh tegap, berbaju T dan berseluar panjang
·
Berwajah serius –Polis
Turki kelihatan serius ketika dia menjalankan tugasnya apabila dia menangkap
seorang remaja yang menjual barangan pasaran gelap.
3.
Shahmeem
·
Kawan kepada Aku
·
Mudah terpengaruh
:Shahmeem terpengaruh dengan sehelai jaket hitam yang dijual secara pasaran
gelap tanpa mengetahui ukuran saiznya.
·
Murah hati :Shahmeem
bermurah hati dengan mengurangkan sebanyak AS$20 daripada harga asal
pasaran gelap kepada Aku kerana jaket kulit kijang itu tidak padan dengannya.
Nilai
1.
Nilai Kegigihan
Contohnya, pekedai
Turki begitu gigih dan tidak berputus asa untuk meyakinkan pelanggannnya agar membeli
barangan kulitnya.
2. Nilai
Keikhlasan
Contohnya, Mas begitu ikhlas terhadap wanita tua yang
menjual makanan burung dengan memberikan wang sebanyak lima lira
kepada wanita tua tersebut untuk membeli makanan burung walaupun harga sepiring
hanya satu lira.
Pengajaran
1.
Kita wajar mempunyai
sikap gigih dalam melakukan pekerjaan supaya hasil yang diinginkan tercapai.
2.
Kita hendaklah bersikap
ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara tanpa mengira taraf kehidupan seseorang.
Persoalan
1.
Persoalan tentang
kegigihan dalam memberikan layanan serta ramah mesra terhadap pelanggan atau
pelancong.
2.
Persoalan tentang keiklasan
dalam melakukan sesuatu tanpa mengira taraf kehidupan seseorang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan