A. SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan hasrat ‘saya’, seorang anak muda, untuk berhijrah ke
kota dihalang oleh bondanya yang bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh
budaya-budaya negatif di bandar. Pada bondanya, ‘saya’ masih belum mantap
bahasa ibunda dan jati dirinya. Menurut bondanya lagi, warga kota sudah
hilang nilai-nilai tradisi seperti cinta akan agama, bahasa dan bangsa.
Penjajah telah berjaya menyemai sentimen perkauman dalam kalangan rakyat
sehingga pernah tercetusnya pertumpahan darah akibat permusuhan antara
kaum. Oleh itu, bonda menasihatkan ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa
dan negara supaya terus dihormati dan disegani. Sebagai seorang warga
yang bersifat patriotik, bonda memiliki banyak buku lama yang berkaitan dengan
bahasa,dan sejarah. Buku-buku tersebut selalu ‘saya’ baca. Menurut bonda,
asas kegagahan bangsa Melayu terletak pada tiga perkara, iaitu akidah Islam,
bahasa Melayu dan kesetiaan pada pemerintah yang adil.
Setelah ‘saya’ berasa mampu berjuang di kota barulah bonda membenarkannya ke
bandar untuk meneruskan kehidupan. Namun bonda berpesan agar menjaga dua
perkara iaitu agama dan bangsa. Bonda juga mengirimkan sejumlah buku
untuk kawan lamanya yang bernama Munsyi melalui ‘saya’. Apabila tiba di
bandar, ‘saya’ menyerahkan buku-buku tersebut pada kawannya itu yang pada
pengamatan ‘saya, Munsyi’ merupakan seorang yang sangat mencintai bangsa dan
budayanya. Dia tinggal di tanah rizab Melayu di sebuah perkampungan
tradisi di pinggir bandar. Di bandar, ‘saya’ melihat kaum mudanya telah
hilang identiti dan jati diri. Akibat sibuk bekerja, ‘saya’ tidak bertemu
Munsyi. Suatu hari, ‘saya’ mendapat khabar bahawa perkampungan Munsyi
akan dibangunkan dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel. Apabila ‘saya’
mencari Munsyi di kampungnya, jentera-jentera berat sedang merobohkan
rumah-rumah di situ. ‘Saya’ sedih melihat buku-buku lama yang telah
‘saya’ bawa, musnah apabila rumah Munsyi dirobohkan namun Munsyi tidak
kelihatan di mana-mana.
B. TEMA
Semangat cinta akan bahasa, agama, bangsa
dan budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan warga negara.
Contohnya, ibu kerap menasihati ‘saya’ agar
memelihara dan cinta akan agama, budaya dan bahasa agar dihormati oleh orang.
C. PERSOALAN
1. Keinginan anak muda berhijrah ke bandar
untuk membina kehidupan
Contohnya, ‘saya’ memohon keizinan ibunya
untuk berhijrah ke bandar bagi membina kehidupannya seperti kebanyakan remaja
yang lain.
2. Peranan penjajah dalam usaha
memecahbelahkan rakyat sesebuah negara.
Contohnya, pihak penjajah telah
menjalankan sistem pecah dan perintah agar agihan kekayaan negara tidak berlaku
secara adil hingga menimbulkan
rusuhan kaum akibat rasa tidak puas hati
rakyat.
3. Kegigihan anak muda mempelajari segala
ilmu untuk meneruskan kehidupannya.
Contohnya, ‘Saya’ tekun belajar pelbagai
ilmu yang berkaitan dengan kehidupan sebelum berhijrah ke bandar.
4. Ketaatan seorang anak terhadap nasihat
ibunya.
‘Saya’ mentaati nasihat ibunya yang tidak
membenarkannya berhijrah ke bandar kerana pada pendapat ibunya ‘saya’ masih
belum cukup kuat jati diri untuk tinggal di bandar.
5. Kebimbangan seorang ibu terhadap
anaknya.
Contohnya, ibu keberatan untuk melepaskan
‘saya’ ke bandar kerana bimbang ‘saya’ terpengaruh akan budaya negatif yang
terdapat pada remaja di bandar.
D. PLOT
1. Permulaan
Cerpen dimulakan dengan kisah ‘saya’ tidak
diizinkan oleh bondanya berhijrah ke kota kerana bimbang anaknya itu akan
hanyut oleh arus hedonism dan modenisme yang melanda anak-anak muda di kota.
2. Perkembangan
Bonda pernah bercerita pada ‘saya tentang
system pemerintahan penjajah yang memecah-belahkan perpaduan rakyat negara ini.
Setelah Negara merdeka, perpecahan tersebut
mencetuskan huru-hara kepada negara ini.
Ibu menasihati ‘saya’ agar memelihara
agama, bahasa , bangsa dan Negara ini. ‘Saya’ juga membaca membaca
pelbagai buku simpanan bonda untuk memantapkan jati diri dan bahasa ‘saya’
Setelah bonda yakin dengan kemantapan diri
‘saya’ baharulah ‘saya’ dibenarkan berhijrah ke kota untuk membaiki taraf hidup
saya. ‘Saya ‘ dikirimkan buku-buku lama untuk disampaikan kepada sahabat
lama bonda iaitu Munsyi.
Di Bandar ,’saya’ dapati anak-anak muda
telah hanyut oleh keseronokan hidup dan melupakan nilai-nilai murni dan batas
kehidupan.
‘Saya’ mendengar berita kampung tradisi
yang didiami oleh Munsyi akan didirikan pelbagai bangunan mewah dan hotel
bertaraf lima bintang.
3. Klimaks
Aku sampai di perkampungan tradisi itu dan
mendapati jentera berat sedang merobohkan rumah-rumah di situ. Buku-buku
pemberian bonda juga turut musnah dalam peristiwa itu tetapi Munsyi tidak ada
di situ.
4. Peleraian
Berhari-hari aku mencari Munsyi tetapi
tidak berjumpa.
E. TEKNIK PENCERITAAN
1. Dialog - “Tuan inikah
yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya.”
2. Imbas kembali - Saya teringat
cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam empat
dekad lampau.
3. Imbas muka - Di kota nanti carilah
seorang sahabat lama bonda bernama Munsyi.
4. Pemerian - Salam saya akhirnya
dijawab oleh seorang lelaki di usia emas dengan janggut putih menutupi
sebahagian muka yang putih bersih. Pakaiannya lengkap dengan tengkolok
dan baju melayu bersamping bagaikan seorang maharaja di zaman kesultanan
melayu. Di jari-jemarinya lengkap menggenggam sebilah keris bersarung
cantik.
5. Kejutan - Saya mendengar khabar
bahawa syarikat perumahan akan mengambil alih kampung tradiri yang didiami oleh
Munsyi dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang.
6. Saspens - Aku mencari Munsyi tetapi
tidak berjumpa.
F. WATAK DAN PERWATAKAN
Watak utama
‘Saya’
1. Seorang yang taat. Cth - ‘Saya’
tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar.
2. Seorang yang amanah. Cth - ‘Saya’
menyampaikan amanah bondanya iaitu buku-buku yang sepatutnya diserahkan kepada
Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar.
3. Seorang yang gemar membaca. Cth
- ‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta
membaca banyak buku lama milik ibunya.
4. Seorang yang tidak mudah putus asa. Cth
- ‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih bersedia
untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya.
Watak sampingan
Bonda ‘saya’
1. Seorang yang berpengetahuan luas.
Bonda bercerita kepada ‘saya’ tentang
sejarah pahit tanah air.
2. Seorang yang bersifat patriotik.
Bonda menasihati ‘saya’ agar memelihara
agama, bahasa ibunda dan negara.
3. Seorang yang amat memahami
Bonda mengizinkan ‘saya’ berhijrah apabila
didapati anaknya itu sudah mantap ilmu dan jati dirinya.
Munsyi
1. Kawan lama bonda.
2. Seorang yang cinta akan budaya Melayu
Munsyi berpakaian tradisi Melayu yang
lengkap dengan keris ketika menyambut kedatangan ‘saya’.
3. Seorang yang mengalu-alukan tetamu.
Munsyi tersenyum dan menjemput ‘saya’ masuk
ke rumahnya.
F. LATAR
Latar masa
1. Zaman pemerintahan penjajah
- Penjajah telah memerintah negara menggunakan system pecah dan perintah.
2. Zaman selepas merdeka - Rakyat
sibuk mengejar harta dan pangkat sehingga lupa akan nilai, bahasa dan agama
selepas dijajah.
3. lebih kurang 500 tahun. Cth bonda
menerangkan bahawa tanah air pernah dijajah selama tempoh tersebut.
4. seminggu selepas itu, contohnya Mel
berkunjung semula ke sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota dan alangkah
terkejutnya apabila dia mendapati rumah Munsyi telah ranap ditlak jentolak dan
Munsyi sendiri gagal ditemui.
Latar tempat
1. Di kampung - Pada mulanya, bonda
tidak membenarkan ‘saya’ meninggalkan kampung untuk berhijrah ke kota
2. Di kota - ‘Saya’ berhijrah ke kota
untuk membina kehidupan yang lebih sempurna.
3. Di sebuah perkampungan tradisi di
pinggir kota - Munsyi tinggal di sebuah rumah yang terletak di sebuah
perkampungan tradisi di pinggir kota.
Latar masyarakat
1. Masyarakat kampong - ‘Saya’ dan
bonda tinggal di kampung.
2. Masyarakat remaja yang tinggal di Bandar
- ‘Saya’ dapati masyarakat remaja yang tinggal di bandar kebanyakannya
telah hanyut oleh keseronokan hidup.
3. Masyarakat yang mengamalkan demonstrasi
untuk menunjukkan bantahan - Penduduk kampung tradisi mengadakan
demonstrasi untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap pencerobohan tanah milik
mereka oleh pihak berkuasa.
4. Masyarakat yang cekal dan berani
- Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk
dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
G. GAYA BAHASA
1. Kata ganda - Zaman- berzaman
2. Metafora - Pagar-pagar perkauman,
pohon kebenaran, racun perkauman
3. Peribahasa - Bahasa jiwa bangsa
4. Simile - Pakaiannya lengkap dengan
tengkolok dan baju melayu bersamping bagaikan seorang maharaja di zaman
kesultanan Melayu.
5. Hiperbola - Namun kerana hasad
dengki, khianat, kronisme serta rasuah yang bermaharajalela, kegemilangan yang
dibina musnah sekelip mata.
H. NILAI
1. Patriotik - Bonda menasihati ‘saya’
agar sentiasa memelihara bahasa ibunda dan agama.
2. Ketaatan - ‘Saya’ tidak membantah
ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar.
3. Kegigihan - Anak-anak bangsa pada
zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan
yang terkenal.
4. Amanah - ‘Saya’ menyampaikan
amanah bondanya iaitu menyerahkan buku-buku kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi
ke bandar.
I. PENGAJARAN.
1. Kita hendaklah taat pada perintah dan
larangan ayah dan ibu - ‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia
berhijrah ke bandar
2. Kita hendaklah gigih apabila melakukan
sesuatu pekerjaan - Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani
meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
3. Kita hendaklah rajin membaca untuk
meningkatkan pengetahuan - ‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan
Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya.
4. Kita tidak boleh mudah putus asa apabila
menemui kegagalan - ‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah
lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh
ibunya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan