Rangkap 1
Penyajak
mengajak pembaca untuk mendengar kisah seorang raja yang memerintah di Negeri
Kembayat. Kisah ini ditulis oleh seorang fakir untuk dijadikan teladan dan
dibuat perbandingan.
Rangkap 2
Di
Negeri Kembayat terdapat seorang raja yang bijak, pintar dan cekap. Baginda
juga merupakan seorang raja yang kacak dan adil melayan para pedagang dan alim
ulamak yang datang mendalami pengajian dalam bidang agama Islam di negerinya
itu.
Rangkap 3
Diceritakan
juga bahawa orang ramai berasa kagum dengan kegagahan baginda. Tidak pernah
rakyatnya mengalami kesusahan di bawah pemerintahan baginda. Namun tiada
sesiapa yang tahu sama ada keadaan ini berkekalan atau sebaliknya.
Rangkap 4
Raja
yang bijaksana telah berkahwin dan beberapa bulan selepas itu permaisuri
baginda telah hamil.
Rangkap 5
Setelah
beberapa tahun memerintah negara dengan bahagia dan aman sentosa, dugaan
malapetaka datang melanda. Baginda terpaksa berundur dari istana.
Rangkap 6
Tiba-tiba
pada suatu hari muncul seekor burung raksasa melayang di ruang angkasa Negeri
Kembayat. Garuda, iaitu helang besar telah melanggar Negeri Kembayat sehingga
menimbulkan huru-hara dan kemusnahan.
Rangkap 7
Garuda
melakukan serangan dengan suara yang bergema luar biasa. Sekalian rakyat negeri
Kembayat berada dalam keadaan huru-hara dan kekalutan. Seluruh negeri dilanda
duka lara dan lesu, serta rakyat bercempera tanpa arah tujuan.
Rangkap 8
Ketika
itu baginda sedang bersemayam di singgahsana sambil menerima menghadap pembesar
dan rakyat jelata. Keadaan huru-hara bagaikan di medan peperangan jelas
kedengaran. Baginda bertitah dengan nada yang tegas tentang perkara cemas apa
pula yang berlaku.
Persoalan
Persoalan tentang
keistimewaan dan kehebatan seorang raja.
Raja negeri Kembayat
menjalankan pemerintah dengan adil menyebabkan negeri yang diperintahnya aman
sentosa sehingga menjadi tumpuan para pedagang.
Persoalan tentang tanggungjawab
semasa menjalankan tugas.
Raja Negeri Kembayat
merupakan raja yang bertanggungjawab kerana baginda mengambil peduli tentang masalah
yang menimpa negeri baginda.
Persoalan tentang ketaatan
terhadap pemimpin.
Rakyat Negeri Kembayat
yang taat sentiasa berama-sama dengan baginda ketika susah dan senang.
Persoalan tentang kasih
sayang terhadap ahli keluarga.
Raja Negeri Kembayat
amat menyayangi pemaisuri baginda yang sedang hamil beberapa bulan.
Nilai
& Pengajaran
1.
Nilai
kebijaksaan
Kita hendaklah bijak
untuk menguruskan susuatu perkara.
Contohnya, raja
Negeri Kembayat bijak memerintah
negeri baginda sehingga Negeri Kebayat berkembang maju.
2.
Nilai
keadilan
Kita hendaklah bersikap adil ketika mengambil
sesuatu tindakan.
Contohnya, sikap adil raja Negeri Kembayat menyebabkan
ramai pedagang datang berdagang di negeri baginda.
3. Nilai tanggungjawab
Kita mesti
bertanggungjawab untuk melaksanakan sesuatu tugas.
Contohnya, raja
Negeri Kembayat bertanggungjawab mentadbir urus negeri baginda
dengan baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan