Maksud
Rangkap
|
Maksud
|
|
1
|
Seorang
penjaga kuda sedang menghalau kuda-kuda dengan penyebat masuk ke dalam
kandang
|
|
2
|
Dalam
kandang telah tersedia rumput dan jerami sebagai makanan yang menjadikan kuda
sentiasa setia. Kuda ini tidak sedar dijadikan tunggangan untuk memburu
kuda lain.
|
|
3
|
Penjaga
kuda diibarat penguasa yang mempunyai kemampuan untuk mengawal seluruh
pengikut . Dia menggunakan seluruh kekuasaan untuk menindas. Namun ada
seseorang yang berani menentang kekejaman dan menghalang penindasan
penguasa.
|
|
4
|
Penjaga
kuda hanya mahu kudanya berlari dengan kencang tanpa mengambil kira kepenatan
kuda yang ditunggang.Dia juga hanya mahu kuda yang boleh membawa kemenangan
dan tidak menghiraukan penderitaan kuda yang ditunggangnya.semua kudanya
terus ditunggangi tanpa belas kasihan.
|
Tema
Menceritakan tentang tugas penjaga kuda
yang mampu mengawal kudanya dengan penyembat sebagai lambang kekuatan dan
kekuasaannya di kandang.
Persoalan
1. Persoalan
tentang kebolehan penjaga kuda mengawal kuda di sesebuah kandang kuda.
2. Persoalan
tentang kesetiaan kuda kepada penjaga kuda kerana makanan yang diberikan.
3.
Persoalan
tentang kekuasaan memerlukan kekuatan dan keupayaan dalam mengawal sesuatu
kumpulan.
4. Persoalan
tentang kehidupan kuda yang sentiasa dikerah tenaganya untuk kemenangan
Nilai & Pengajaran
1. Keberanian // Kita hendaklah berani menghadapi
kenyataan agar hidup lebih bermakna.
2.
Kesetiaan
// Kita hendaklah setia
dengan pemerintah atau ketua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan