Maksud:
Rangkap
1 : Dalam
diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan untuk menyelesaikan segala masalah
yang dihadapinya.
Rangkap
2 : Dalam
pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar
dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.
Rangkap
3 : Dalam
kehidupan penyajak, dia sering berhadapan dengan pelbagai dugaan yang menguji kesabaran
dan keimanannya.
Rangkap
4 : Penyajak
yang berasakan dirinya hebat sering terpedaya oleh nafsu. Namun begitu,
penyajak cepat mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terpedaya lagi.
Rangkap
5 : Penyajak
sentiasa berusaha membaiki dirinya dengan bertekad untuk berubah ke arah kebaikan walaupun dia
tidak mengetahui apa-apa yang bakal ditempuhinya pada hari-hari yang
mendatang.
Rangkap
6 : Penyajak
yang semakin berusia menjadi lebih matang. Dia tidak mudah panik dan tidak
mudah dipengaruhi oleh kata-kata orang terhadap dirinya.
Rangkap
7 : Dalam
era globalisasi, penyajak sering melakukan muhasabah diri dalam mencari erti
kehidupan agar dia tidak mudah tewas dlaam perjuangannya.
Rangkap
8 : Apabila
tiba waktunya, penyajak harus bersedia menghadapi kenyataan hidup yang bersifat
sementara. Setiap peristiwa dalam hidup penyajak berlalu dengan amat pantas.
Oleh itu, penyajak menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya
pembaca wajar mendekati Tuhan.
Tema
Ketabahan
insan dalam mendepani dugaan hidup.
Persoalan
Persoalan
tentang kepentingan merancang kehidupan.
Contoh : Dalam diri penyajak, dia
telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan untuk meyelesaikan segala masalah
yang dihadapinya.
Persoalan
tentang cara mennjalani hidup dengan bermanfat
Contoh : Penyajak menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup
sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.
Persoalan
tentang kegigihan untuk menyelesaikan masalah.
Contoh : Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk
mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.
Nilai
& Pengajaran
Nilai
rasional // Kita hendaklah bersikap rasional dalam kehidupan
Contoh : Penyajak berfikiran
rasional apabila menasihati pembaca
agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.
Nilai
kegigihan // Kita hendaklah gigih untuk melakukan sesuatu perkara.
Contoh : Dalam pemikiran
penyajak, dia gigih mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar
dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.
Nilai
keinsafan // Kita mestilah insaf apabila melakukan kesalahan.
Contoh : Penyajak berasa
insaf dan cepat
mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terpedaya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan