Penutup (Bimbingan)
(AKsmpln) Kesimpulannya,
ibu bapa haruslah memainkan peranan yang proaktif dan efektif untuk membentuk
sahsiah anak-anak. (ACdgn) Ibu bapa diharapkan tidak berputus asa untuk
membentuk keperibadian anak, sebaliknya genggam bara api biarlah sampai jadi
arang. (APnln) Jika ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi, nescaya matlamat
ini dapat direalisasikan. (APndpt) Dalam hal ini, ibu bapa tidak patut
memberikan pelbagai alasan termasuklah kesibukan bekerja untuk lepas tangan
daripada tanggungjawab tersebut. (AHrpn) Kita berharap agar generasi muda yang
bersahsiah tinggi dapat dilahirkan untuk membawa negara ini ke arah kejayaan
supaya dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. (APntp)
Oleh itu, jelaslah bahawa peranan ibu bapa amat signifikan dalam pembentukan
sahsiah anak-anak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan