Salah
satu cara saya menjaga kebersihan dan kesihatan diri ialah saya akan mandi dengan
sempurna pada setiap hari. Bagi tujuan itu, saya membersihkan rambut dengan syampu
dan anggota badan dengan sabun yang
sesuai, bukannya mandi kerbau sahaja. Langkah ini untuk memastikan segala kotoran
atau daki yang terdapat pada badan saya dapat
ditanggalkan. Contohnya, selepas saya bersukan, saya akan memastikan segala kotoran
akibat berpeluh dibersihkan. Mandi yang sempurna ini membolehkan saya mempunyai
badan yang bersih dan segar. Tegasnya, saya akan mandi dengan sempurna untuk menjaga
kebersihan diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan