24 Ogos, 2018

Syair Bidasari

Maksud
Rangkap 1
Penyajak mengajak pembaca untuk mendengar kisah seorang raja yang memerintah di Negeri Kembayat. Kisah ini ditulis oleh seorang fakir untuk dijadikan teladan dan dibuat perbandingan.
Rangkap 2
Di Negeri Kembayat terdapat seorang raja yang bijak, pintar dan cekap. Baginda juga merupakan seorang raja yang kacak dan adil melayan para pedagang dan alim ulamak yang datang mendalami pengajian dalam bidang agama Islam di negerinya itu.
Rangkap 3
Diceritakan juga bahawa orang ramai berasa kagum dengan kegagahan baginda. Tidak pernah rakyatnya mengalami kesusahan di bawah pemerintahan baginda. Namun tiada sesiapa yang tahu sama ada keadaan ini berkekalan atau sebaliknya.
Rangkap 4
Raja yang bijaksana telah berkahwin dan beberapa bulan selepas itu permaisuri baginda telah hamil.
Rangkap 5
Setelah beberapa tahun memerintah negara dengan bahagia dan aman sentosa, dugaan malapetaka datang melanda. Baginda terpaksa berundur dari istana.
Rangkap 6
Tiba-tiba pada suatu hari muncul seekor burung raksasa melayang di ruang angkasa Negeri Kembayat. Garuda, iaitu helang besar telah melanggar Negeri Kembayat sehingga menimbulkan huru-hara dan kemusnahan.
Rangkap 7
Garuda melakukan serangan dengan suara yang bergema luar biasa. Sekalian rakyat negeri Kembayat berada dalam keadaan huru-hara dan kekalutan. Seluruh negeri dilanda duka lara dan lesu, serta rakyat bercempera tanpa arah tujuan.
Rangkap 8
Ketika itu baginda sedang bersemayam di singgahsana sambil menerima menghadap pembesar dan rakyat jelata. Keadaan huru-hara bagaikan di medan peperangan jelas kedengaran. Baginda bertitah dengan nada yang tegas tentang perkara cemas apa pula yang berlaku.

Persoalan
Persoalan tentang keistimewaan dan kehebatan seorang raja.
Raja negeri Kembayat menjalankan pemerintah dengan adil menyebabkan negeri yang diperintahnya aman sentosa sehingga menjadi tumpuan para pedagang.
Persoalan tentang tanggungjawab semasa menjalankan tugas.
Raja Negeri Kembayat merupakan raja yang bertanggungjawab kerana baginda mengambil peduli tentang masalah yang menimpa negeri baginda.
Persoalan tentang ketaatan terhadap pemimpin.
Rakyat Negeri Kembayat yang taat sentiasa berama-sama dengan baginda ketika susah dan senang.
Persoalan tentang kasih sayang terhadap ahli keluarga.
Raja Negeri Kembayat amat menyayangi pemaisuri baginda yang sedang hamil beberapa bulan.

Nilai & Pengajaran
1.       Nilai kebijaksaan
Kita hendaklah bijak untuk menguruskan susuatu perkara.
Contohnya, raja Negeri Kembayat bijak memerintah negeri baginda sehingga Negeri Kebayat berkembang maju.
2.       Nilai keadilan
Kita hendaklah bersikap adil ketika mengambil sesuatu tindakan.
Contohnya, sikap adil raja Negeri Kembayat menyebabkan ramai pedagang datang berdagang di negeri baginda.
3.       Nilai tanggungjawab
Kita mesti bertanggungjawab untuk melaksanakan sesuatu tugas.
Contohnya, raja Negeri Kembayat bertanggungjawab mentadbir urus negeri baginda dengan baik.

26 Julai, 2018

Ujian 7 ~ Sr2ComA & Sr2B


Senarai Peribahasa
1.            bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

2.            berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

3.            genggam bara api biar sampai jadi arang

4.            bagai kaca terhempas ke batu

5.            melentur buluh biarlah dari rebungnya

6.            duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

7.            seperti lembu dicucuk hidung

8.            dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

9.            tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

10.         bagai aur dengan tebing

11.         hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri

12.         kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

13.         indah khabar daripada rupa

14.         hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

15.         bukit sama didaki, lurah sama dituruni

16.         bagai kacang lupakan kulit

17.         di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

18.         masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

19.         ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

20.         kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

21.         berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

22.         yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang

23.         yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

24.         biar mati anak, jangan mati adat

25.         sediakan payung sebelum hujan

26.         yang lama dikelek, yang baharu didukung

27.         bagai ikan pulang ke lubuk

26 April, 2018

Sambungkan ayat-ayat dalam petikan di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubahmaksud dan susunan asalnya.


Akhir-akhir ini, kes demam Denggi yang melanda negara kita telah meningkat. Keadaan ini telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Demam Denggi dapat membawa maut. Nyamuk Aedes menjadi punca kepada wabak demam Denggi. Nyamuk ini membiak di tempat-tempat yang ada takungan air. Tumpuannya ialah takungan air yang jernih seperti di dalam bekas takungan air, pasu bunga, botol-botol air terbiar dan juga longkang-longkang yang tersumbat. Kesedaran masyarakat tentang bahaya demam Denggi semakin meningkat akhir-akhir ini. Kerajaan telah melancarkan pelbagai kempen. Kempen-kempen dilakukan melalui media cetak dan media elektronik. Kempen-kempen ini adalah untuk menyedarkan masyarakat.

17 Mac, 2018

Karangan Cuti 2 (Sr2ComA & Sr2B)

Buku Kerja

~ Halaman 7

~ Implikasi Kurang Tidur

Karangan Cuti 1 (Sr2ComA & Sr2B)

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan di negara ini.
Bincangkan usaha-usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu.