24 Ogos, 2018

Sajak www.sibermerdeka.com


Maksud:
Rangkap 1    :    Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapinya.
Rangkap 2    :    Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.
Rangkap 3    :    Dalam kehidupan penyajak, dia sering berhadapan dengan pelbagai dugaan yang menguji kesabaran dan keimanannya.
Rangkap 4    :    Penyajak yang berasakan dirinya hebat sering terpedaya oleh nafsu. Namun begitu, penyajak cepat mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terpedaya lagi.
Rangkap 5    :    Penyajak sentiasa berusaha membaiki dirinya dengan bertekad untuk berubah ke arah kebaikan walaupun dia tidak mengetahui apa-apa yang bakal ditempuhinya pada hari-hari yang mendatang.
Rangkap 6    :    Penyajak yang semakin berusia menjadi lebih matang. Dia tidak mudah panik dan tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata orang terhadap dirinya.
Rangkap 7    :    Dalam era globalisasi, penyajak sering melakukan muhasabah diri dalam mencari erti kehidupan agar dia tidak mudah tewas dlaam perjuangannya.
Rangkap 8    :    Apabila tiba waktunya, penyajak harus bersedia menghadapi kenyataan hidup yang bersifat sementara. Setiap peristiwa dalam hidup penyajak berlalu dengan amat pantas. Oleh itu, penyajak menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.

Tema
Ketabahan insan dalam mendepani dugaan hidup.

Persoalan
Persoalan tentang kepentingan merancang kehidupan.
Contoh : Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan untuk meyelesaikan segala masalah yang dihadapinya.
Persoalan tentang cara mennjalani hidup dengan bermanfat
Contoh   : Penyajak menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar  mendekati Tuhan.
Persoalan tentang kegigihan untuk menyelesaikan masalah.
Contoh   : Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.



Nilai & Pengajaran
Nilai rasional // Kita hendaklah bersikap rasional dalam kehidupan
Contoh   :    Penyajak berfikiran rasional apabila menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.
Nilai kegigihan // Kita hendaklah gigih untuk melakukan sesuatu perkara.
Contoh   :    Dalam pemikiran penyajak, dia gigih mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermainkan oleh orang lain.
Nilai keinsafan // Kita mestilah insaf apabila melakukan kesalahan.
Contoh   :    Penyajak berasa insaf dan cepat mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terpedaya lagi.


Sajak Sang Gembala Kuda


Maksud
Rangkap
Maksud
1
Seorang penjaga kuda sedang menghalau kuda-kuda dengan penyebat masuk ke dalam kandang

2
Dalam kandang telah tersedia rumput dan jerami sebagai makanan yang menjadikan kuda sentiasa setia. Kuda ini tidak sedar dijadikan  tunggangan untuk memburu kuda lain.

3
Penjaga kuda diibarat penguasa yang mempunyai kemampuan untuk mengawal seluruh pengikut . Dia menggunakan seluruh kekuasaan untuk menindas. Namun ada seseorang yang  berani menentang kekejaman dan menghalang penindasan penguasa.

4
Penjaga kuda hanya mahu kudanya berlari dengan kencang tanpa mengambil kira kepenatan kuda yang ditunggang.Dia juga hanya mahu kuda yang boleh membawa kemenangan dan tidak menghiraukan penderitaan kuda yang ditunggangnya.semua kudanya terus ditunggangi tanpa belas kasihan.




Tema
Menceritakan tentang tugas penjaga kuda yang mampu mengawal kudanya dengan penyembat  sebagai lambang kekuatan dan kekuasaannya di kandang.

Persoalan
1.      Persoalan tentang kebolehan penjaga kuda mengawal kuda di sesebuah kandang kuda.
2.    Persoalan tentang kesetiaan kuda kepada penjaga kuda kerana makanan yang diberikan.
3.           Persoalan tentang kekuasaan memerlukan kekuatan dan keupayaan dalam mengawal sesuatu kumpulan.
4.      Persoalan tentang kehidupan kuda yang sentiasa dikerah tenaganya untuk kemenangan


Nilai & Pengajaran
1.      Keberanian // Kita hendaklah berani menghadapi kenyataan agar hidup lebih bermakna.
2.           Kesetiaan // Kita hendaklah setia dengan pemerintah atau ketua.

Gurindam Dua Belas


Maksud
Rangkap 1 :  Mata haruslah dipelihara dengan sebaik-baiknya supaya tidak melihat sesuatu perkara yang dilarang oleh Tuhan.

Rangkap 2 :    Telinga perlu dijauhkan daripada mendengar segala hasutan dan kejian.

Rangkap 3 :    Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak manfaatnya.

Rangkap 4 :    Tangan perlu dipelihara daripada mengambil barang yang bukan hak kita.

Rangkap 5 :    Nafsu makan perlu dikawal supaya tidak melakukan perbuatan yang dilarang.

Rangkap 6 :    Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat.

Rangkap 7 :    Anggota kaki perlulah dipelihara daripada melangkah ke tempat-tempat yang maksiat.


Persoalan, Nilai, Pengajaran

Persoalan
Nilai
Pengajaran
Persoalan tentang kebijaksanaan dalam menuturkan kata-kata.
Nilai kebijaksanaan
Kita mestilah bijak dalam menuturkan kata-kata.
Contoh : Seseorang yang bijak dalam menuturkan kata-kata akan mendapat banyak manfaatnya.
Persoalan tentang semangat yang penting dalam kehidupan.
--
Kita mestilah sentiasa bersemangat untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.
Contoh : Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat.
Persoalan tentang kesabaran memelihara mata daripada melihat perkara negative.
Nilai kesabaran
Kita mestilah memelihara mata daripada memandang perkara yang dilarang oleh Tuhan.
Contoh : Kita mestilah sabar memelihara mata dengan sebaik-baiknya supaya tidak melihat sesuatu yang dilarang oleh Tuhan.
Nilai hemah tinggi
Contoh : Kita mestilah berhati-hati apabila menggunakan anggota badan supaya dapat menjadi individu yang berbudi pekerti mulia.
Kita mestilah memelihara pendengaran kita agar tidak mendengar berita yang tidak sahih.
Persoalan tentang kepentingan memelihara pendengaran.
Contoh : Telinga perlu dijauhkan daripada mendengar segala hasutan dan kejian.

Syair Bidasari

Maksud
Rangkap 1
Penyajak mengajak pembaca untuk mendengar kisah seorang raja yang memerintah di Negeri Kembayat. Kisah ini ditulis oleh seorang fakir untuk dijadikan teladan dan dibuat perbandingan.
Rangkap 2
Di Negeri Kembayat terdapat seorang raja yang bijak, pintar dan cekap. Baginda juga merupakan seorang raja yang kacak dan adil melayan para pedagang dan alim ulamak yang datang mendalami pengajian dalam bidang agama Islam di negerinya itu.
Rangkap 3
Diceritakan juga bahawa orang ramai berasa kagum dengan kegagahan baginda. Tidak pernah rakyatnya mengalami kesusahan di bawah pemerintahan baginda. Namun tiada sesiapa yang tahu sama ada keadaan ini berkekalan atau sebaliknya.
Rangkap 4
Raja yang bijaksana telah berkahwin dan beberapa bulan selepas itu permaisuri baginda telah hamil.
Rangkap 5
Setelah beberapa tahun memerintah negara dengan bahagia dan aman sentosa, dugaan malapetaka datang melanda. Baginda terpaksa berundur dari istana.
Rangkap 6
Tiba-tiba pada suatu hari muncul seekor burung raksasa melayang di ruang angkasa Negeri Kembayat. Garuda, iaitu helang besar telah melanggar Negeri Kembayat sehingga menimbulkan huru-hara dan kemusnahan.
Rangkap 7
Garuda melakukan serangan dengan suara yang bergema luar biasa. Sekalian rakyat negeri Kembayat berada dalam keadaan huru-hara dan kekalutan. Seluruh negeri dilanda duka lara dan lesu, serta rakyat bercempera tanpa arah tujuan.
Rangkap 8
Ketika itu baginda sedang bersemayam di singgahsana sambil menerima menghadap pembesar dan rakyat jelata. Keadaan huru-hara bagaikan di medan peperangan jelas kedengaran. Baginda bertitah dengan nada yang tegas tentang perkara cemas apa pula yang berlaku.

Persoalan
Persoalan tentang keistimewaan dan kehebatan seorang raja.
Raja negeri Kembayat menjalankan pemerintah dengan adil menyebabkan negeri yang diperintahnya aman sentosa sehingga menjadi tumpuan para pedagang.
Persoalan tentang tanggungjawab semasa menjalankan tugas.
Raja Negeri Kembayat merupakan raja yang bertanggungjawab kerana baginda mengambil peduli tentang masalah yang menimpa negeri baginda.
Persoalan tentang ketaatan terhadap pemimpin.
Rakyat Negeri Kembayat yang taat sentiasa berama-sama dengan baginda ketika susah dan senang.
Persoalan tentang kasih sayang terhadap ahli keluarga.
Raja Negeri Kembayat amat menyayangi pemaisuri baginda yang sedang hamil beberapa bulan.

Nilai & Pengajaran
1.       Nilai kebijaksaan
Kita hendaklah bijak untuk menguruskan susuatu perkara.
Contohnya, raja Negeri Kembayat bijak memerintah negeri baginda sehingga Negeri Kebayat berkembang maju.
2.       Nilai keadilan
Kita hendaklah bersikap adil ketika mengambil sesuatu tindakan.
Contohnya, sikap adil raja Negeri Kembayat menyebabkan ramai pedagang datang berdagang di negeri baginda.
3.       Nilai tanggungjawab
Kita mesti bertanggungjawab untuk melaksanakan sesuatu tugas.
Contohnya, raja Negeri Kembayat bertanggungjawab mentadbir urus negeri baginda dengan baik.

26 Julai, 2018

Ujian 7 ~ Sr2ComA & Sr2B


Senarai Peribahasa
1.            bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

2.            berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

3.            genggam bara api biar sampai jadi arang

4.            bagai kaca terhempas ke batu

5.            melentur buluh biarlah dari rebungnya

6.            duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

7.            seperti lembu dicucuk hidung

8.            dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

9.            tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

10.         bagai aur dengan tebing

11.         hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri

12.         kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

13.         indah khabar daripada rupa

14.         hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

15.         bukit sama didaki, lurah sama dituruni

16.         bagai kacang lupakan kulit

17.         di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

18.         masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

19.         ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

20.         kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

21.         berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

22.         yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang

23.         yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

24.         biar mati anak, jangan mati adat

25.         sediakan payung sebelum hujan

26.         yang lama dikelek, yang baharu didukung

27.         bagai ikan pulang ke lubuk