14 Jun, 2013

Jawapan Contoh (Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah)

Haifa menyatakan bahawa bencana alam melanda pelbagai tempat di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, Zakiah berpendapat bahawa negara mereka masih terlepas daripada bencana yang serius. Sebaliknya, Haifa menegaskan bahawa mereka tidak boleh berasa selamat setiap masa kerana bukanlah sesuatu yang mustahil negara mereka pun mengalami malapetaka yang serupa. Namun begitu, Zakiah tetap berharap agar mereka tidak dilanda bencana seperti itu. Haifa menjelaskan bahawa harapan sahaja tidak mencukupi tetapi mereka harus memohon perlindungan daripada Allah. Zakiah mengakui kebenaran kata-kata Haifa dan menambah bahawa mereka hanya boleh berharap tetapi Allah yang menentukan segala-galanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan