14 Oktober, 2013

Isikan peribahasa yang paling sesuai pada tempat-tempat kosong dalam petikan di bawah.

Pak Busu rajin bekerja walaupun usianya semakin meningkat. Beliau mengerjakan sawahnya (1) seperti anai-anai makan kayu. Kerajinan Pak Busu sentiasa menjadi (2) buah mulut penduduk-penduduk kampung. Namun, Pak Busu beranggapan bahawa usia bukanlah pengukur kejayaan seseorang kerana (3) hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, Saban tahun, hasil yang diperolehnya memang memuaskan. Manakala sikap kedua-dua orang anaknya, Dollah dan Hashim amat berbeza dengan Pak Busu. Mereka bukan sahaja malas berusaha tetapi turut berebut harta ayah mereka lantaran sikap mereka yang tamak (4) seperti anjing berebut tulang. Malah mereka sentiasa (5) bertikam lidah biarpun berkaitan dengan perkara yang remeh-temeh. Walaupun Pak Busu sering mengajar dan mendidik mereka supaya menjadi manusia yang berguna, tetapi mereka seakan-akan (6) buta hati. Sikap Pak Busu tetap (7) seperti air di dalam kolam meskipun terpaksa menghadapi pelbagai kerenah anak-anaknya. Hasrat Dollah hendak (8) beralih angin ke bandar dibantah keras oleh Pak Busu. Hal ini kerana Pak Busu tidak mahu Dollah bertindak seperti (9) harapkan guruh di langit, air tempayan ditumpahkan kerana pekerjaan yang dijanjikan oleh kawannya di bandar belum pasti diperolehnya. Dalam hati pak Busu juga amat berharap agar kedua-dua orang anaknya itu dapat terus mengusahakan sawahnya bersama-sama dan menjalani kehidupan bagai (10) hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah di kampung halaman mereka. Pak Busu juga tidak mahu anak-anaknya terdedah oleh kehidupan moden atau barat kerana manusia hendaklah (11) hidup dikandung adat, mati dikandung tanah. Malah, kehidupan anak-anaknya amat bergantung pada dirinya selama ini, beliau tidak mahu mereka (12) seperti anak ayam kehilangan induk.

29 September, 2013

2013 ~ Karangan Cuti 8

Ibu bapa menjaga anak~anak dengan penuh kasih sayang, namun apabila anak-anak meningkat remaja ada antara rnereka yang terlibat dengan pelbagai masalah sosial.

Jelaskan faktor-faktor yang mendorong berlakunya keadaan sedemikian.


Cadangan isi:
- sikap ibu bapa yang menganggap anak: sudah besar dan boleh berdikari.
- anak menganggap diri mereka sudah dewasa I besar.
- anak-anak mahukan kebebasan I tidak mahu dikongkong.
- lebih terpengaruh oleh rakan sebaya.
- dipengaruhi oleh media massa.
- terpengaruh oleh gaya hidup masyarakat kini.

2013 ~ Karangan Cuti 7

08 Ogos, 2013

2013 ~ Karangan Cuti 6

Malaysia kaya dengan bangunan dan monumen bersejarah. Kerajaan telah mengambil langkah bijak dengan menjadikan binaan lama tersebut sebagai salah satu daripada Warisan Kebangsaan.
Bincangkan kepentingan memulihara dan mengekalkan bangunan bersejarah di negara kita.

2013 ~ Karangan Cuti 5

Gejala buli semakin berleluasa di sekolah-sekolah. Keadaan ini menyebabkan masyarakat semakin gusar.

Huraikan punca-punca tercetusnya gejala buli dan langkah-langkah mengatasi gejala tersebut.

Karangan Tambahan 4 (2013)

Warga tua sering diabaikan oleh golongan remaja.

Huraikan cara-cara untuk mendidik remaja supaya menyayangi warga tua.

04 Ogos, 2013

Karangan Tambahan

Perpaduan kaum di negara ini mesti dikekalkan untuk menjamin negara kita dapat berkembang maju dalam keadaan harmonis.
Berikan pendapat anda tentang cara-cara untuk memperkukuh perpaduan kaum di Malaysia.

27 Julai, 2013

Karangan Tambahan 2 (2013) ~ Semester 3

Industri pelancongan merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi negara. Anda ingin menulis rencana tentang peranan yang perlu dimainkan oleh pelbagai pihak untuk memajukan industri pelancongan.

Tulis rencana itu selengkapnya.

21 Julai, 2013

2014 ~ Karangan Cuti 2 ~ Hanya untuk Sr2cA

Anak jiran anda menghidap sejenis penyakit yang berbahaya dan memerlukan pembedahan segera untuk menyelamatkan nyawanya. Perbelanjaan pembedahan yang besar menyebabkan jiran anda itu tidak mampu membiayainya.

Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk membantu jiran anda itu.

14 Jun, 2013

Jawapan Contoh (Cakap Pindah kepada Cakap Ajuk)

Mak Timah  :  Abang hendak ke mana dalam keadaan tergesa-gesa ini?
Pak Usop     :  Saya hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju.
Mak Timah   :  Kalau sibuk dengan kerja pun makanlah nasi dulu, nanti lapar.
Pak Usop     :  Abang hendak letakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu.
Mak Timah   :  Lepas tu, abang nak kerja apa kalau berhenti?
Pak Usop     :  Minta pinjaman daripada MARA, abang beli sebuah bas.
Jawapan Contoh (Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah)

Haifa menyatakan bahawa bencana alam melanda pelbagai tempat di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, Zakiah berpendapat bahawa negara mereka masih terlepas daripada bencana yang serius. Sebaliknya, Haifa menegaskan bahawa mereka tidak boleh berasa selamat setiap masa kerana bukanlah sesuatu yang mustahil negara mereka pun mengalami malapetaka yang serupa. Namun begitu, Zakiah tetap berharap agar mereka tidak dilanda bencana seperti itu. Haifa menjelaskan bahawa harapan sahaja tidak mencukupi tetapi mereka harus memohon perlindungan daripada Allah. Zakiah mengakui kebenaran kata-kata Haifa dan menambah bahawa mereka hanya boleh berharap tetapi Allah yang menentukan segala-galanya.

28 Mei, 2013

Karangan Tambahan

Dalam masyarakat kini, sesetengah orang masih suka meminjam wang daripada along atau ceti haram walaupun mengetahui kesan buruk tindakan tersebut.

Nyatakan faktor-faktor dan kesan-kesan buruk peminjaman wang daripada along.


Kegiatan ceti haram sememangnya tidak asing lagi pada masa kini. Malah, kegiatan ini juga sering dikaitkan dengan unsur-unsur jenayah berat seperti pengedaran dadah, serta pil-pil khayal, sindiket pelacuran, dan pembunuhan. Kegiatan ini sekiranya tidak diatasi dengan segera, boleh mengundang padah bukan sahaja kepada masyarakat, bahkan juga kepada pembangunan negara. Kini, dalam era yang lebih moden, kegiatan ceti haram lebih terkenal dengan jolokan "along" dan kegiatan mereka kebiasaannya bertumpu di semua bandar di negara kita.

      Isu ceti haram boleh dilihat sebagai kegiatan sekumpulan manusia menjalankan urusan meminjamkan wang haram hasil curian, pengedaran dadah dan sebagainya kepada sesetengah masyarakat yang ‘terdesak’. Pinjamannya mudah diperoleh dengan cepat kerana tidak memerlukan cagaran, penjamin, serta tidak perlu mengikut prosedur tertentu, seperti mana di institusi kewangan yang lain. Hal ini menyebabkan sesetengah masyarakat tidak berfikir panjang untuk meminjam wang daripada ceti haram.

      Kesempitan hidup atau masalah beban kewangan juga turut menjadi faktor orang ramai meminjam daripada ceti haram. Hal ini dikaitkan juga dengan kos hidup yang tinggi, perbelanjaan yang melebihi pendapatan dan kerugian yang dihadapi dalam perniagaan. Tambahan pula, bagi mereka yang sememangnya berpendapatan kecil turut menganggap ceti haram sebagai jalan pintas untuk penyelesaian masalah kewangan mereka. Lantas, mereka bertindak dengan meminjam wang daripada ceti haram dan tidak memikirkan risiko yang bakal dihadapi kelak.

      Namun begitu, terdapat implikasi buruk daripada kegiatan ceti haram ini. Bagi ceti haram, mereka akan menjejaki si penghutang sehingga ke ‘lubang cacing’ dan akan memberikan amaran pertama, kedua dan seterusnya kepada si penghutang. Sekiranya si penghutang tidak mampu untuk melangsaikan hutangnya, maka ceti haram tidak akan teragak-agak untuk mencetuskan keganasan berupa penderaan dan juga pembunuhan. Malahan yang lebih menakutkan, ceti haram juga akan menjejaki keluarga si penghutang untuk dijadikan tebusan bagi mendapatkan semula wang mereka. Jika tidak pun, rumah mereka akan disimbah cat atau keluarga mereka dimaki hamun sebagai cara untuk memalukan si peminjam agar melangsaikan hutang mereka. Malangnya, tindakan ganas ini bagaimanapun masih tidak menyedarkan ramai pihak agar menjauhi ceti haram berkenaan.

      Bagi si penghutang, ancaman berterusan yang diterima daripada penceti haram menyebabkan mereka semakin tertekan dan bagi mereka yang lemah dari segi iman dan pendidikan, mereka akan mengambil jalan mudah dengan membunuh ahli keluarga sebelum bertindak membunuh diri sendiri supaya penceti haram tidak dapat menjejaki mereka sekeluarga. Apa tidaknya, bunga yang dikenakan oleh ceti haram bukanlah calang-calang tingginya. Pinjaman seribu dua mungkin boleh mencecah puluhan ribu dalam tempoh yang singkat sehingga menyebabkan si penghutang tidak mampu membayar hutang mereka. Hal seperti inilah yang sepatutnya menjadi perkiraan utama kepada orang ramai sebelum membuat keputusan untuk melibatkan diri dengan ceti terbabit.

      Intihanya, masyarakat hari ini hendaklah bersatu tenaga bersama-sama pihak berkuasa untuk menangani kegiatan jenayah ini daripada berleluasa. Hal ini perlu untuk menjaga keharmonian, keamanan dan kestabilan dalam negara. Pihak berkuasa perlulah bertindak tegas kepada ceti haram dan juga pihak yang membuat pinjaman kepada ceti haram berkenaan. Kerajaan telah menyediakan pelbagai alternatif agar orang ramai meminjam daripada institusi kewangan yang diiktiraf seperti pihak bank. Jadi, tidak timbul isu mengapa kita tidak boleh melepaskan diri daripada cengkaman ceti haram demi mengatasi masalah kewangan kita.


Nota :  Karangan ini boleh dijadikan rujukan sahaja!

***  Lebih daripada 350 patah perkataan.

2014 ~ Karangan Cuti 3 ~ Sr2ScA & Sr2ScD

Semangat kejiranan belakangan ini semakin kurang diamalkan. Hal ini disebabkan oleh kesibukan bekerja walaupun jiran tetangga merupakan orang yang penting dalam kehidupan bermasyarakat.
Huraikan langkah-langkah yang  harus diambil untuk memastikan amalan hidup berjiran terus terpelihara dalam kalangan masyarakat moden hari ini.
v     Mengadakan rumah terbuka.
v     Mengadakan pelbagai aktiviti yang melibatkan masyarakat setempat ~ gotong royong.
v     Mengadakan Hari Keluarga / Hari Sukan.
v     Mengunjungi jiran tetangga.
v      Menjadi contoh kepada anak-anak dalam  adab hidup berjiran.

27 Mei, 2013

Karangan Tambahan

Gejala ponteng sekolah merupakan antara kes disiplin yang paling banyak berlaku di sekolah-sekolah.
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menangani masalah tersebut.

Contoh Pengenalan :
Hasrat untuk mengangkat martabat pendidikan negara menjadi “Pendidikan bertaraf dunia” atau pendidikan sebagai penjana mentaliti berkelas dunia merupakan hasrat yang amat murni. Dalam arus globalisasi dan peranan Malaysia yang begitu aktif pada peringkat dunia, hasrat seperti ini bukanlah suatu perkara yang mustahil. Pada hari ini, Malaysia telah menjadi destinasi kepada limpahan pelajar asing yang menuntut di pelbagai institusi awam dan swasta. Namun demikian, di sebalik kejayaan Malaysia menjadi hub pendidikan bertaraf dunia, masalah dalam rumah tangga sendiri pula yang menjadi duri dalam daging. Masalah tersebut ialah gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar. Masalah ini bukan lagi menjadi isu kecil tetapi telah menjadi isu nasional apabila saban hari ratusan remaja yang mengambil kesempatan untuk ponteng sekolah. Oleh hal yang demikian, sebelum nasi menjadi bubur, pelbagai usaha hendaklah diambil untuk menangani gejala tersebut daripada terus menjadi isu negara.


Isi-isi cadangan :
Isi 1 :    Usaha pihak sekolah ~ sentiasa mencari kaedah terbaik dan terkini agar sekolah menjadi syurga kepada pelajar dan P&P menjadi santapan rohani pelajar (pelajar senang dan selesa ketika P&P) ~ menuntut kreativiti dan kerja kuat guru-guru

Isi 2  :    Usaha ibu bapa ~ acap kali menjadikan agenda pelajaran sebagai topik utama yang dibincangkan di dalam rumah ~ anak-anak selalu disogok dan diberi jaminan akan berjaya apabila ada ilmu ~ mendorong anak-anak ke sekolah.

Isi 3 :    Kesedaran pelajar ~ pelajar hendaklah mempunyai matlamat tentang masa depan dengan cara menuntut ilmu ~ kesedaran yang perlu lahir dari dalam setelah digerakkan oleh pihak luar (guru, ibu bapa dan masyarakat).

Isi 4  :    Sokongan daripada rakan-rakan ~ rakan menjadi penggerak rakan sebaya untuk sesuatu kejayaan ~ mewujudkan doktrin dan slogan setia kawan “Sama-sama Kita Bangun dan Berjaya” ~ pelajar akan lebih seronok ke sekolah apabila sering menerima dorongan rakan.

Isi 5  :    Sokongan daripada masyarakat ~ masyarakat setempat hendaklah memiliki kesedaran tentang kepentingan wahana ilmu ~ sentiasa bercakap tentang kelebihan ilmu dan ilmu sebagai pembuka laluan kerjaya ~ mendorong pelajar untuk berlumba-lumba mencari ilmu.

Isi 6 :    Kerajaan melaksanakan pelbagai dasar yang mesra ilmu kepada pelajar ~ menyediakan pelbagai institusi mengikut keperluan semasa (mempelbagaikan aliran dan bidang)  ~ sistem pendidikan harus berganjak daripada sistem yang berorientasikan peperiksaan semata-mata kepada sistem yang berpaksikan minat, latar belakang dan kebolehan pelajar ~ mengelak pelajar berasa bosan dengan sistem yang selalu menekan diri mereka.

2013 ~ Karangan Cuti 3

Keluarga sepatutnya menjadi institusi yang selamat. Namun, kejadian penderaan kanak-kanak oleh ahli keluarga masih berleluasa.
Berikan saranan anda tentang peranan institusi keluarga bagi membanteras gejala ini.


Contoh Pengenalan :
Anak-anak yang dijaga dengan baik akan menjadi penyeri dalam kebahagiaan rumah tangga. Anak juga menjadi sumber motivasi untuk ibu dan bapa berusaha dengan lebih gigih untuk membahagiakan rumah tangga yang dibina. Alangkah rukun damainya rumah tangga apabila dikurniakan anak. Namun belakangan ini entah apalah yang telah merasuk sebahagian kecil manusia sehingga mereka tergamak mendera, mencederakan, malah ada yang sanggup membunuh darah daging sendiri. Seandainya fenomena ini tidak ditangani segera, dibimbangi banyak lagi insiden yang di luar jangkaan akan berlaku. Dalam hal ini institusi keluargalah yang lebih diberikan peranan untuk membanteras gejala ini agar tidak melarat.


Isi-isi cadangan : (Langkah-langkah membanteras)

Isi 1:    Mengutamakan agenda kasih sayang dalam keluarga ~ kasih sayang dijadikan kunci dan matlamat membina keluarga.

Isi 2:    Membina kesedaran yang tinggi dalam kalangan anggota keluarga bahawa mereka memikul amanah untuk menjaga anak-anak kecil ~ setiap anggota dalam keluarga faham akan tanggungjawab masing-masing.

Isi 3:    Mendalami ilmu dan kemahiran keibubapaan ~ setiap pasangan dikehendaki menghayati betul-betul kemahiran tersebut sebelum boleh mendirikan rumah tangga – ilmu yang meliputi persediaan mental, emosi dan psikologi untuk berhadapan dengan insan kecil.

Isi 4:    Menghayati ilmu agama dan pendidikan moral yang sempurna ~ kesedaran terhadap tanggunjawab agama dan ketuhanan boleh mencegah manusia mudah dirasuk syaitan ~ penghayatan moral membolehkan seseorang menghayati unsur-unsur nilai kemanusiaan dan nilai sejagat.

Isi 5:    Mendidik sifat prihatin dan sensitif ahli keluarga terhadap keselamatan kanak-kanak ~ tidak memberikan kesempatan ahli keluarga yang lain terus menerus mendera ~ mengambil tindakan pantas mencegah, melapor dan menyelamatkan kanak-kanak yang didera.

28 Mac, 2013

2013 ~ Karangan Cuti 2

Lihat eClass

2014 ~ Karangan Cuti 1 (Sr2ScA & Sr2ScD)

Kegiatan lumba haram dalam kalangan remaja merupakan isu yang semakin banyak dibincangkan khususnya oleh pihak media massa. Bincangkan punca-punca lumba haram dan langkah-langkah mengatasi gejala tersebut.