27 Mei, 2013

Karangan Tambahan

Gejala ponteng sekolah merupakan antara kes disiplin yang paling banyak berlaku di sekolah-sekolah.
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menangani masalah tersebut.

Contoh Pengenalan :
Hasrat untuk mengangkat martabat pendidikan negara menjadi “Pendidikan bertaraf dunia” atau pendidikan sebagai penjana mentaliti berkelas dunia merupakan hasrat yang amat murni. Dalam arus globalisasi dan peranan Malaysia yang begitu aktif pada peringkat dunia, hasrat seperti ini bukanlah suatu perkara yang mustahil. Pada hari ini, Malaysia telah menjadi destinasi kepada limpahan pelajar asing yang menuntut di pelbagai institusi awam dan swasta. Namun demikian, di sebalik kejayaan Malaysia menjadi hub pendidikan bertaraf dunia, masalah dalam rumah tangga sendiri pula yang menjadi duri dalam daging. Masalah tersebut ialah gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar. Masalah ini bukan lagi menjadi isu kecil tetapi telah menjadi isu nasional apabila saban hari ratusan remaja yang mengambil kesempatan untuk ponteng sekolah. Oleh hal yang demikian, sebelum nasi menjadi bubur, pelbagai usaha hendaklah diambil untuk menangani gejala tersebut daripada terus menjadi isu negara.


Isi-isi cadangan :
Isi 1 :    Usaha pihak sekolah ~ sentiasa mencari kaedah terbaik dan terkini agar sekolah menjadi syurga kepada pelajar dan P&P menjadi santapan rohani pelajar (pelajar senang dan selesa ketika P&P) ~ menuntut kreativiti dan kerja kuat guru-guru

Isi 2  :    Usaha ibu bapa ~ acap kali menjadikan agenda pelajaran sebagai topik utama yang dibincangkan di dalam rumah ~ anak-anak selalu disogok dan diberi jaminan akan berjaya apabila ada ilmu ~ mendorong anak-anak ke sekolah.

Isi 3 :    Kesedaran pelajar ~ pelajar hendaklah mempunyai matlamat tentang masa depan dengan cara menuntut ilmu ~ kesedaran yang perlu lahir dari dalam setelah digerakkan oleh pihak luar (guru, ibu bapa dan masyarakat).

Isi 4  :    Sokongan daripada rakan-rakan ~ rakan menjadi penggerak rakan sebaya untuk sesuatu kejayaan ~ mewujudkan doktrin dan slogan setia kawan “Sama-sama Kita Bangun dan Berjaya” ~ pelajar akan lebih seronok ke sekolah apabila sering menerima dorongan rakan.

Isi 5  :    Sokongan daripada masyarakat ~ masyarakat setempat hendaklah memiliki kesedaran tentang kepentingan wahana ilmu ~ sentiasa bercakap tentang kelebihan ilmu dan ilmu sebagai pembuka laluan kerjaya ~ mendorong pelajar untuk berlumba-lumba mencari ilmu.

Isi 6 :    Kerajaan melaksanakan pelbagai dasar yang mesra ilmu kepada pelajar ~ menyediakan pelbagai institusi mengikut keperluan semasa (mempelbagaikan aliran dan bidang)  ~ sistem pendidikan harus berganjak daripada sistem yang berorientasikan peperiksaan semata-mata kepada sistem yang berpaksikan minat, latar belakang dan kebolehan pelajar ~ mengelak pelajar berasa bosan dengan sistem yang selalu menekan diri mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan