27 Mei, 2013

2013 ~ Karangan Cuti 3

Keluarga sepatutnya menjadi institusi yang selamat. Namun, kejadian penderaan kanak-kanak oleh ahli keluarga masih berleluasa.
Berikan saranan anda tentang peranan institusi keluarga bagi membanteras gejala ini.


Contoh Pengenalan :
Anak-anak yang dijaga dengan baik akan menjadi penyeri dalam kebahagiaan rumah tangga. Anak juga menjadi sumber motivasi untuk ibu dan bapa berusaha dengan lebih gigih untuk membahagiakan rumah tangga yang dibina. Alangkah rukun damainya rumah tangga apabila dikurniakan anak. Namun belakangan ini entah apalah yang telah merasuk sebahagian kecil manusia sehingga mereka tergamak mendera, mencederakan, malah ada yang sanggup membunuh darah daging sendiri. Seandainya fenomena ini tidak ditangani segera, dibimbangi banyak lagi insiden yang di luar jangkaan akan berlaku. Dalam hal ini institusi keluargalah yang lebih diberikan peranan untuk membanteras gejala ini agar tidak melarat.


Isi-isi cadangan : (Langkah-langkah membanteras)

Isi 1:    Mengutamakan agenda kasih sayang dalam keluarga ~ kasih sayang dijadikan kunci dan matlamat membina keluarga.

Isi 2:    Membina kesedaran yang tinggi dalam kalangan anggota keluarga bahawa mereka memikul amanah untuk menjaga anak-anak kecil ~ setiap anggota dalam keluarga faham akan tanggungjawab masing-masing.

Isi 3:    Mendalami ilmu dan kemahiran keibubapaan ~ setiap pasangan dikehendaki menghayati betul-betul kemahiran tersebut sebelum boleh mendirikan rumah tangga – ilmu yang meliputi persediaan mental, emosi dan psikologi untuk berhadapan dengan insan kecil.

Isi 4:    Menghayati ilmu agama dan pendidikan moral yang sempurna ~ kesedaran terhadap tanggunjawab agama dan ketuhanan boleh mencegah manusia mudah dirasuk syaitan ~ penghayatan moral membolehkan seseorang menghayati unsur-unsur nilai kemanusiaan dan nilai sejagat.

Isi 5:    Mendidik sifat prihatin dan sensitif ahli keluarga terhadap keselamatan kanak-kanak ~ tidak memberikan kesempatan ahli keluarga yang lain terus menerus mendera ~ mengambil tindakan pantas mencegah, melapor dan menyelamatkan kanak-kanak yang didera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan