17 Januari, 2015

Jawapan Contoh ~ Rumusan 1 (Krisis Air)


       Petikan membincangkan sebab-sebab berlakunya krisis air di negara ini.

     Antara faktor berlakunya krisis air termasuklah pertambahan bilangan penduduk. Selain itu, krisis ini berlaku kerana pertumbuhan ekonomi yang pesat. Di samping itu, penggunaan air secara berlebihan atau membazir menimbulkan masalah ini. Seterusnya, kualiti sumber utama air mentah negara semakin merosot. Bukan itu sahaja, sistem pengurusan air tidak seragam. Selanjutnya, pengurusan bersepadu bekalan air sukar dilaksanakan.

      Salah satu cara menangani krisis air di negara ini ialah orang ramai mengamalkan sikap berjimat cermat dalam penggunaan air. Selain itu, pihak berkuasa membanteras kegiatan pembalakan haram untuk memelihara kawasan tadahan hujan.

     Kesimpulannya, semua pihak hendaklah berusaha mengatasi krisis air supaya masyarakat dapat hidup dengan lebih selesa.

(108 patah perkataan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan