19 April, 2017

Peribahasa (Ujian 5)

1. anak dagang
Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat.

2. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

3. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Kalau takut berhadapan dengan penderitaan, lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah.

4. indah khabar daripada rupa
Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

5. kacang lupakan kulit
Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

6. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

7. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan.

8. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya.

9. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha.

10. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

11. biar mati anak, jangan mati adat
Orang yang kuat perpegang pada adat.

12. bagai ikan pulang ke lubuk
Orang yang pulang ke tempat asal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan