24 Ogos, 2018

Syair Bidasari

Maksud
Rangkap 1
Penyajak mengajak pembaca untuk mendengar kisah seorang raja yang memerintah di Negeri Kembayat. Kisah ini ditulis oleh seorang fakir untuk dijadikan teladan dan dibuat perbandingan.
Rangkap 2
Di Negeri Kembayat terdapat seorang raja yang bijak, pintar dan cekap. Baginda juga merupakan seorang raja yang kacak dan adil melayan para pedagang dan alim ulamak yang datang mendalami pengajian dalam bidang agama Islam di negerinya itu.
Rangkap 3
Diceritakan juga bahawa orang ramai berasa kagum dengan kegagahan baginda. Tidak pernah rakyatnya mengalami kesusahan di bawah pemerintahan baginda. Namun tiada sesiapa yang tahu sama ada keadaan ini berkekalan atau sebaliknya.
Rangkap 4
Raja yang bijaksana telah berkahwin dan beberapa bulan selepas itu permaisuri baginda telah hamil.
Rangkap 5
Setelah beberapa tahun memerintah negara dengan bahagia dan aman sentosa, dugaan malapetaka datang melanda. Baginda terpaksa berundur dari istana.
Rangkap 6
Tiba-tiba pada suatu hari muncul seekor burung raksasa melayang di ruang angkasa Negeri Kembayat. Garuda, iaitu helang besar telah melanggar Negeri Kembayat sehingga menimbulkan huru-hara dan kemusnahan.
Rangkap 7
Garuda melakukan serangan dengan suara yang bergema luar biasa. Sekalian rakyat negeri Kembayat berada dalam keadaan huru-hara dan kekalutan. Seluruh negeri dilanda duka lara dan lesu, serta rakyat bercempera tanpa arah tujuan.
Rangkap 8
Ketika itu baginda sedang bersemayam di singgahsana sambil menerima menghadap pembesar dan rakyat jelata. Keadaan huru-hara bagaikan di medan peperangan jelas kedengaran. Baginda bertitah dengan nada yang tegas tentang perkara cemas apa pula yang berlaku.

Persoalan
Persoalan tentang keistimewaan dan kehebatan seorang raja.
Raja negeri Kembayat menjalankan pemerintah dengan adil menyebabkan negeri yang diperintahnya aman sentosa sehingga menjadi tumpuan para pedagang.
Persoalan tentang tanggungjawab semasa menjalankan tugas.
Raja Negeri Kembayat merupakan raja yang bertanggungjawab kerana baginda mengambil peduli tentang masalah yang menimpa negeri baginda.
Persoalan tentang ketaatan terhadap pemimpin.
Rakyat Negeri Kembayat yang taat sentiasa berama-sama dengan baginda ketika susah dan senang.
Persoalan tentang kasih sayang terhadap ahli keluarga.
Raja Negeri Kembayat amat menyayangi pemaisuri baginda yang sedang hamil beberapa bulan.

Nilai & Pengajaran
1.       Nilai kebijaksaan
Kita hendaklah bijak untuk menguruskan susuatu perkara.
Contohnya, raja Negeri Kembayat bijak memerintah negeri baginda sehingga Negeri Kebayat berkembang maju.
2.       Nilai keadilan
Kita hendaklah bersikap adil ketika mengambil sesuatu tindakan.
Contohnya, sikap adil raja Negeri Kembayat menyebabkan ramai pedagang datang berdagang di negeri baginda.
3.       Nilai tanggungjawab
Kita mesti bertanggungjawab untuk melaksanakan sesuatu tugas.
Contohnya, raja Negeri Kembayat bertanggungjawab mentadbir urus negeri baginda dengan baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan